Sabtu, 24 Januari 2015
BORN
Rabu, 17 April 2013
TIP TEMUDUGA
Rabu, 4 April 2012
ADAB BERSAHABAT...
Rabu, 26 Oktober 2011
Wordless Wednesday : CUTE KITTEN...
Malas nak update pasal asignment dalam studio, cuti seminggu nie memang betul2 nak cuti,,,ahaha. Tengok kucing nie tringat kt EE aku, y chumill suke gigit orang,,,hahah
Isnin, 29 Ogos 2011
MOOD RAYA : SIMPLE TAPI SERONOK
Dua perkataan yang mudah. Kemeriahan raya untuk tahun ini bagi keluarga aku seperti biasa, bila semua berkumpul ianya adalah suatu yang menyeronokkan,, konsep untuk entri kali ini adelah wordless,,,hi3,,
SALAM AIDILFITRI
Rabu, 24 Ogos 2011
My Lovely Black + White Cat
Selasa, 23 Ogos 2011
Erti Merdeka : seolah tiada siapa yang ingin ambil kisah mengenainya
Masih tidak dirasai oleh Palestin. Tapi kita? Seolah tidak lagi mahu mempertahankan keamanan, keharmonian dan kemakmuran yang dibina selama 54 tahun nie.. Semua menunggu rebah ke bumi. Adakah ketika itu baru nak sedar? Kembali la memahami sejarah, ambil la sedikit mase dan letakkan sedikit ruang dalam hati untuk merenung kembali sejarah lampau negara kita,.. ingat kembali 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU yang bukan rasis tapi soal kemakmuran dan perlu sedar, harta yang dimiliki sekarang bukan milik kita selamanya andai tiada yang mahu pertahannya sehingga hujung nyawa..
Ahad, 14 Ogos 2011
PERKENAL BLOG
Isnin, 1 Ogos 2011
DISEBALIK TARIKH LAHIR
Contoh 1 :
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 +0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
(Jadi nombor lahirnya ialah 1 – Ketulenan)
Hadir dengan idea baru.- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. – Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. – Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
Dilahirkan sebagai diplomat. – Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. – Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. – Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. – Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. -Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. – Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
Golongan ini sangat peka dan tradisional. – Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. – Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. – Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. – Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. – Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5-PERINTIS
Mereka adalah perintis. – Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). – Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. – Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. – Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. – Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. – Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. – Mereka sangat setia dan boleh menjadiguru yang terbaik. – Mereka suka seni musik. – Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. – Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. – Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. – Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. – Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
Golongan ini adalah penyelesaian masalah. – Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. – Mereka selalu mempunyaiperancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. – Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. – Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. – Mereka sangat penyayang dan pemurah. – Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. – Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. – Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. – Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley
Jumaat, 15 Oktober 2010
BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH

Saya menerima banyak message facebook rata rata dari bukan penyokong kelantan dan selangor juga merasakan tidak puas hati terhadap media yang berat sebelah kerana hanya salahkan penyokong kelantan sahaja padahal penyokong selangor yang meluru ke tempat duduk penyokong kelantan dan memulakan provokasi dan membaling objek seperti kerusi dan batu.
Perkara ini diakui sendiri oleh seorang penyokong dari perak yang saksikan sendiri insiden ini berlaku.Dimana keadilan berkonsepkan 1 MALAYSIA ? Di mana keadilan dari FAM ? Mereka hanya pekak tuli dan bisu.
* Ambo bukan apa sebenarnyer, tapi sekadar ingatan kepada kita, setiap tindakan yang dibuat oleh pihak kelantan yang sudah lepas seolah-olah "tiada maaf bagi mu". Cuba anda fikir secara rasional,,?
Artikel ini ambo copy paste dari http://kelantanfa.com/berani-kerana-benar-takut-kerana-salah/
Selasa, 15 Jun 2010
Keputusan UPU 2010/2011

Semakan permohonan UPU lepasan STPM, Diploma, Matrik dan Asasi boleh dibuat pada 18 Jun 2010 jam 12.30 tengah hari secara online di upu.mohe.gov.my. Calon juga boleh membuat semakan melalui sms dengan menaip UPU RESULT <> no ic dan hantar ke 15888.
Calon perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran sebelum 25 Jun 2010.
Calon yang gagal pula boleh membuat rayuan melalui e-rayuan sebelum 28 Jun 2010
Keputusan rayuan pada 1 Julai 2010






















