Memaparkan catatan dengan label cetusan hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cetusan hati. Papar semua catatan

Rabu, 28 Januari 2015

KATA RAJA SHAMRI DAN SEBAHAGIAN PERNAH AKU ALAMI

Nanti kalau ada masa saya nak bercerita :-

tentang zaman belajar saya dibenci, dipukul, dibuli oleh segelintir rakan sebab baik dengan cikgu, sebab selalu duduk depan dalam kelas, suka tanya soalan dsbg.

tentang zaman awal saya kerja makan gaji di kutuk, dibuli, di pukul oleh rakan sepejabat hanya kerana saya baik dengan bos, outperform achieve target setiap bulan, naik pangkat cepat dsbg.

tentang zaman saya mula2 belajar nak jadi usahawan, dipujuk untuk berhenti kerja oleh kawan baik dengan tawaran kerja lagi tinggi jawatan lagi best ... yg akhirnya bos yg tak bayar gaji sampai kereta saya nak di tarik, makan 3 hri sekali, 3 bulan tanpa sesen duit, saya ambil duit jualan syarikat untuk beli nasik tapi dikata pecah amanah walhal gaji sayapun tak di bayar 3 bulan lebih ...

tentang hari ni musuh2 zaman sekolah dan zaman dulu2 tu masih lagi menfitnah saya macam-macam ... masih tak puas hati ...
tentang orang kita tak suka tengok orang lain berjaya
tentang orang kita tak suka dampingi orang yg berjaya
tentang orang kita tak suka tengok orang lain di atas
tentang orang kita yang mudah percayakan fitnah
tentang orang kita yang tak boleh nilai peribadi seseorang
tentang orang kita yang buta hati yang mana hak dan batil
tentang orang kita kuat dengkinya
tentang orang kita yang susah nak maju
tentang banyak perkara ...
Kerana terlalu lama saya diamkan diri tidak menjawab
Mungkin dulu kita sangat miskin untuk menjawab
dah abah selalu pesan ...
biarlahhh ... biar Allah balas katanya ... wink emoticon
Rupa2nya semua orang2 yang hebat2 juga melalui fitnah dan ugutan seperti ni ...
Semoga saya dan tuan2 sentiasa Allah selamatkan
dari fitnah orang2 fasik seperti ini ... di berikan kekuatan dan kesabaran yg tinggi serta istiqamah dalam perjuangan ...

Wallahu'alam

Khamis, 15 Januari 2015

TIME TO WORK N TRAVEL

2015 adalah tahun yang diharapkan terbaik untuk aku melakukan banyak aktiviti dan mengumpulkan pengalaman dalam dunia perniagaan sebaik mungkin.

Kerja kerja kerja..... better late then never....hahaha

Kerja freelance aku insyallah mula bertapak dalam pasaran kecil, minggu depan nak upgrade nama company. Side income setakat ni boleh dikatakan mampu untuk membayar saga baru setiap bulan tapi aku tetapkan untuk disimpan dan sedikit untuk pelaburan.

Kerja sebagai tutor di salah sebuah IPTA disambung dan ditambah menjadi 3 kelas. sangat2 bersyukur untuk ini...hehe

Kerja meniaga laksam yang aku buat kecil2an juga dapat respon positif..hehe..pertengahan februari 2015 akan dibuka satu lagi tapak niaga di Bitarasiswa, sebelum ni hanya di Kafe Perpustakaan... memang umphhh la hoi...hhehe..

Job freelance yang bakal dilaksanakan adalah produk baju raglan dan fotografi graduasi, design majalah sekolah dll... harap dpt capai semua tu...heeheheh

Sudah lama pendam keinginan untuk travel ke seluruh tempat di dunia ni.. so, inilah masa terbaik untuk aku mulakan langkah melihat dunia dengan cara aku sendiri....hahaha

Biasanya aku menjelajah dengan motosikal ja... dari utara ke selatan, timur ke barat semenanjung Malaysia... kali ni aku akan merentasi laut cina selatan pulak...heheh... nantikan travelog aku ke Semporna... yeahhh...

Isnin, 12 Januari 2015

MERANCANG SAJA? BUATNYA...?

"...Hari ni sudah hari yang ke-12 dalam tahun 2015.... Dan bulan januari ni perancangan yang dirancang agak banyak jugak untuk sepanjang tahun ni. Tak pasti dan tak yakin perkara-perkara yang dirancang dapat dijalankan ataupun tidak..."

Panggil saja aku, Morazwa.. baharu saja bergraduasi di sebuah universiti pendidikan dalam Malaysia pada September 2014. 

Tiga individu berbeza jumpa aku...

Ada kawan yang suruh aku join perniagaan seakan MLM sebab dia tahu aku baru sahaja tamat pengajian dan tiada pekerjaan tetap. Affiliate Junction...yang guna mykad tu. Satu lagi simkad Tunetalk dan yang terbaru Utoken... 

Dalam ketiga-tiga kerja ni... Utoken adalah satu pelaburan yang besar sebab hasilnya sangat besar, untuk tempoh matang ia mengambil masa selama 4 tahun bermodalkan sebanyak RM1900 untuk satu tapak, yang nak kasi kukuh lagi kena isi 7 tapak yang berjumlah RM13,300...fuhhhhh. 

Yang Affiliate Junction ni kawan aku taknak bagitau aku berapa modal yang diperlukan untuk memulakannya, kalau nak tau kena join dinner diorang yang bapak grand kt KL... what the fcuk?? dinner ni kena bayar kalau nak masuk... adehhh....xleh ke ckp brape modal... orang nk join atau tak..tu terpulang pada individu berkenaan...

Kalau Simkad Tunetalk ni, kawan aku cakap modal RM90 untuk register ahli, banyak gak benefitnya...ok la tu..atleast dia cerita detail.

Aku tak pandai semua itu.
 Jadi, mengapa benda yang aku tak pandai, aku kena join?
 Aku dah tahu kelemahan dan kekuatan aku.
 Mengapa tidak aku fokus pada kekuatan yang aku ada dan yang aku mahukan?
 Mengapa aku PERLU fokus pada kelemahan aku yang memang sukar untuk diselesaikan?



Dalam pada masa yang sama, aku tetap cari pendapatan sendiri. Setakat ni, aku kerja kontrak sebagai tutor di IPTA yang berbaki 1 sem lagi (walaupun ditawarkan untuk sambung 2 sem lagi), berniaga laksam, kerja sebagai freelance graphic dan juga photographer. Apa yang aku dapat, aku boleh bayar sewa rumah, letrik dan air, wifi dannnn juga sambung bayar keta abah aku...arghhhh... memang cukup2 makan la orang cakap...xleh nk melebih-lebih pun.

So, bulan Januari yang masih berbaki 2 minggu ni, aku nk cuba setelkan job2 freelance aku dulu sebelum menyusun cantik-cantik perancangan yang dah aku list dalam kepala otak ni...ahhaha...boleh camtu? gasaaakkkk la beb...Yakin dan percaya....ade sinarnya nanti... go on with your life brotherrr....

Dan yang paling utama..... cari buku perniagaan, buku temuduga, buku itu ini dan xlupa... novel FIXI,,,arghhh,,,sangap giler dah nak beli novel FIXI nehhhhhhhhhhh...

Tu je untuk entri hari ni...sekian....

Ahad, 12 Oktober 2014

3 SEKAWAN

Semua orang akan dewasa. Banyak kisah yang dilalui dengan bermacam2 liku.
Terasa bagai baru semalam kenal tapi rupanya sudah 4 tahun berlalu. 3 Sahabat sepengajian yang menyingkap banyak kisah.

Air dicincang takkan putus. Betul pepatah tu. Kami berselisih faham tapi masing2 senyap. Dan akhirnya buat hal masing-masing. Tapi ada satu chemistry yang tak mampu pisahkan kami. Susah payah, suka duka, rasa sengkek, jelek, serabut, segala macam yang ada membuatkan kami saling teringat dalam diam.

Akan ada satu peristiwa yang membawa kami semua kembali bersatu. Dan berharap akan kekal persahabatan ini hingga ke Jannah...

Tahniah Alip dan Ain

dari kami Matt dan Mirul


Khamis, 28 November 2013

ATAU SEBENARNYA AKU YANG BERUBAH?

"..APA MACAM SEKARANG..?"

Banyak yang sudah berubah, kadang malas nak hadapi....kadang biarkan perkara yang tidak diingini berlalu pergi dan aku memerhati..

"..Sedap pulak buah mata meow nehhh...manis sungguh..."

Rabu, 18 September 2013

JANGAN

Jangan bersedih pada kebahagiaan yang telah pergi kerana kebahagiaan yang akan datang lebih setia menanti jika kita jujur dalam kehidupan. Dan ikhlaslah bersahabat kerana Allah SWT.

Rabu, 5 Jun 2013

JIWA - JIWA KELAM #1

Sudah lama tidak menjengah dan mengarang disini.... rasa rindu yang membuak-buak (ayat skema)

--------------------------------------------------------------------


Masa begitu pantas pada hakikatnya dan kali ni, aku belum rasa kesediaan untuk berpraktikum... ya... aku sudah berjaya mengakhiri semester 6 di UPSI. 

Jiwa yang senentiasa ke laut.... meroyang hanyut mengikut arus laut.... ya.... itu hakikatnya...ahaha
mencemar hati yang tidak langsung menjejak pada realiti.... kali ini cabaran lagi hebat....

"DAN ada rahsia besar yang disembunyikan dari pengetahuan manusia....sudah 13 tahun disembunyikan... giler lamenyer bertahan...ahahaha..... harap lepas ni akan padam..."

Abaikan cerita di atas....

kemaskini blog, kemaskini laptop, kemaskini skil dan kemaskini diri.....hahahha....

yang dah follow blog aku.. TQ byk2..... sementara menunggu  prkitkum bermula, rasa nk kasi godek2 sampai puas la kt blog nehh...ahahahah



*p/s : masa makin pantas..........

Selasa, 9 April 2013

CATATAN ANAK MUDA #4

9 April 2013

Aku ke rumah kawan aku untuk temankan aku mengajar di sekolah merangkap cameraman aku..hehe..
Kelas yang aku akan ajar adalah tingkatan 2 Bestari. Mohon dengan cikgu untuk dapatkan 1 masa, tapi aku dapat 2 masa. Ok sangat sebab tahu, 1 masa memang tak cukup. jam 9.50 pagi aku mula mengajar.

Isnin, 8 April 2013

CATATAN ANAK MUDA #3

8 April 2013

Jam 8 pagi aku ke sekolah. Berjumpa dengan cikgu seni. Bincang sedikit perkara yang hendak dibuat dan cikgu kata ok ja...huhu. Dan alkisahnya kena maklum juga kepada pengetua akan kehadiran aku ke sana. alhamdulillah sempat berjumpa dengan Pengetua baru. Tak sempat nak hafal nama, cumanya aku ingat namanya En. Kassim. Permohonan aku dipanjangkan kepada En. Wan Mazlan iaitu PK1. Ternyata berlaku sedikit salah faham dengan PK1. PK1 mengagak aku hadir untuk berpraktikal dan dia bertanya mengenai surat asal dari UPSI.

Ahad, 7 April 2013

CATATAN ANAK MUDA #2

7 April 2013

Alhamdulillah, selamat sampai ke kg halaman. Tadi dalam perjalanan, bas mengalami sedikit masalah semasa di atas gunung antara laluan Gerik - Jeli, tapi nasib baik hanya sekejap dan kemudiannya bas meneruskan perjalanan seperti biasa.

Sabtu, 6 April 2013

CATATAN ANAK MUDA #1

Lama benar tidak update blog, banyak kisah cerita yang mahu dicatat tapi ada ja perkara sampai tak terbuat.


6 April 2013

Sabtu, 16 Februari 2013

PUISI# MESTI PERGI DARI SINI

"Mesti pergi dari sini..."

ungkapan yang selalu bermain difikiran aku....
Dalam saat masa dan ketika aku mula mencapai posisi yang selesa...
Dugaan betul-betul membuatkan aku tidak mampu menanggung...
Riak wajah tetap biasa di mata manusia...
Dan hati aku meronta...
Meminta aku supaya pergi dari sini...

Hati aku telah dikunci...
Dan aku hanya mahu bersama dia...
Terasa bodoh tapi itulah kenyataan yang aku hadapi sekarang...
Aku terlalu menyayanginya sehingga aku tidak mampu menahan rindu...
Mahu sahaja aku bersama dia...
Tapi...
Adakah dia berfikiran seperti aku....

Cinta terlarang yang akan terus disembunyikan sehingga mati.... -__-!

Selasa, 4 September 2012

TERUS MELANGKAH

Sedar tak sedar, rupa-rupanya cuti dah hampir habis.... hohoho.. Sejak 2 tahun di UPSI, inilah cuti yang paling lama pernah aku rasai... 2 bulan beb,, skali lagi aku mention... 2 BULAN BEB.....!! hahahah

~cuti xkerja, tanam anggur kat umah~ ( bunyi cengkerik )

Jumaat, 17 Ogos 2012

RAMADHAN SYAWAL

Alhamdulillah, sehingga ke penghujung ini aku dapat menikmati Ramadhan walaupun tidak penuh sujud kehadratNya.

Khamis, 28 Jun 2012

MENUNGGU KEREDHAAN

Sudah bernafas selama 23 tahun.....
Masih mencari cinta yang serasi....
Dalam rentak biase...
Aku mahu dicintai dan dikasih pada yang sudi...
Semoga Allah merestui cinta yang bakal halal ini....
Amin...

Khamis, 14 Jun 2012

SMKTPR : 4 TAHUN BERLALU

Tempat aku belajar dulu waktu zaman persekolahan betul-betul meninggalkan banyak kenangan. Sudah banyak perubahan yang dapat dilihat terutamanya pada infrastruktur sekolah yang semakin selesa.

~Banyak yang aku nak coretkan sepanjang aku balik cuti seminggu kat kampung ni, tapi cerita sekolah ni yang betul2 menarik perhatian aku~
Pagi tadi aku telah ke sekolah dengan kawan baik aku. Kebetulan dia pun sedang bercuti. Seringkas yang boleh aku ceritakan apa yang berlaku tadi. (^__^)


  1. Budak2 yang aku kenal dulu, sekarang yang masih belajar adalah yang terakhir di tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas.
  2. Hantar buku ArtMalaysia dan SeniDiri untuk cikgu Nik Saodah, Cikgu Pendidikan Seni. Yang ni nanti aku ceritakan kisahnya.
  3. Jumpa Ustaz Syed. Ustaz yang paling paling aku sayang...ahahha. Beliau sangat baik. Tadi ustaz belanja minum..keh3 ( Ustaz suruh buat Kem untuk pelajar2 asrama )
  4. Jumpa Mama Norliza, cikgu Bahasa Melayu yang banyak tolong aku untuk subjek berkenaan. Beliau dan Cikgu Ghazali ( Cikgu Sejarah ) yang mengajar DAN membuatkan aku betul2 boleh berpuisi dan menghasilkan puisi serta berpidato. (Pidato aku dah simpan dalam lipatan kenangan)
  5. Jumpa cikgu2 tingkatan 6, berbual2 dan soalan cepu emas adalah "BILA NAK KAWIN...?".
  6. Jumpa Kaunselor, Mama Fudziah dan Ummi Azni. Menariknya, mereka suruh buat program untuk pelajar tingkatan 6. (peluang tu...hohohoh)
Gambar  kat bawah ni adalah tapak perhimpunan. Semakin selesa nampaknya...untong la budak2 panglima raja..hahaah... Parking motor tu dulunya gelanggang petanque. Tahun 2005, sekolah aku Johan Negeri, Tahun 2006 dapat tempat Ketiga Negeri...TAPI kemenangan ini, Pengetua TAK PANDANG pun...uhhuhuhu. Yang penting dapat STPM terbaik seluruh Negeri Kelantan, Kokurikulum ABAIKAN....hohoh




p/s : itu sahaja dahulu coretan....akan bersambung

Selasa, 29 Mei 2012

SEMACAM SERBA SALAH


Makin lama mengalami kehidupan, makin banyak kesangsian...
Diri aku kekadang tidak utuh menempuh perjalanan dan mentafsir kemas akan setiap pandangan. Kekadang aku merasakan aku semacam bagus TAPI aku lebih merasakan aku tidak cakna persekitaran samaada hubungan sesama rakan mahupun reaksi pada diri sendiri. Terasa makin jauh dan semacam serba salah. Semua perkara ada sahaja yang tidak kena waima perkara yang remeh. Aku tidak mampu tampil dengan cara yang seakan sempurna. Cacat cela mesti terselit pada diri yang jelas orang lain boleh lihat.

Dalam melangkah pada waktu-waktu yang pantas, aku semacam tidak mampu mengejar setiap kemajuan rakan-rakan aku. Seolah-olah aku dirundum kegagalan disebalik reaksi aku tanpa wajah kecewa dan penyesalan. Dalam hati siapa yang tahu kan? Ada masanya aku mahu mengalah, mahu melangkah pergi dari landasan yang aku lalui sekarang.. Patah balik? Tak mungkin sama sekali...!! yang pasti aku bukan lagi seperti dulu... yang punya waktu-waktu gemilang DAN disambut dengan cemerlang...

Hari ini aku luahkan kisah terpendam di hati...
Hidup sentiasa merasa gundah...
Hari esok entah hidup entah mati...
pada wajah senyuman terukir indah...

~Matt Freud~

Related Posts with Thumbnails