Selasa, 1 Januari 2013

TAHUN 2013



Tahun semakin bertambah, umur semakin bertambah, amalan? ntah la.... kekadang bagus, kekadang tidak..
Manusia...oh manusia....

Azam tahun baru...??

Adakah masih sama ataupun sudah dapat capai azam untuk 2012? Bagaimana pula 2013? Harapnya semakin bagus bukan.... huhu

Planning aku untuk tahun ini adalah membuat persediaan yang sebaik mungkin untuk praktikal pada Julai 2013. Gemuruh jugak memandangkan untuk menjadi guru Pendidikan Seni adalah bukan perkara remeh. Dengan latarbelakang diri dan keluarga tidak kaitan dengan seni, makanya aku sudah terjerumus dalam takdir-takdir yang telah diaturkan oleh Allah S.W.T untuk hamba yang hina ini...(perghhh..ayat..)

Program pun banyak yang mahu dirancang. Al-maklumlah aku ni, kaki berpersatuan. Suka sangat untuk hidup berorganisasi... mempunyai etika dan etiket sosial yang berbeza membuatkan kita berfikir dan memahami pro dan kontra setiap perkara yang kita lalui...

Semoga kita semua dapat harungi tahun 2013 dengan sebaiknya. Mana tahukan mungkin 2013 adalah tahun terakhir kita hidup di bumi Allah ini... (^__^)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails