Jumaat, 22 Februari 2013

SESAK NAFAS

Semester 6 baru berlalu seminggu. Dengan kuliah 4 hari dan cuti 3 hari adakalanya membuatkan aku tersepit. Mungkin belum capai keserasian dan keselesaan posisi aku pada kali ini.


Agak tertekan pada ketika ini kerana memikirkan banyak perkara tapi akal masih waras. Saban semester, ada sahaja yang membuatkan kondisi diri menjadi tidak selesa. Dan pengkisahannya, blog ini juga yang mencatit sedikit perjalanan dan luahan rasa kurang selesa dalam hati. (^__^)

Tahun 2013 aku sudah mula berkira-kira untuk serius mencari pendapatan sendiri walaupun aku masih belajar. Memandangkan sikap aku yang sedikit boros dalam berbelanja membuatkan aku perlu berusaha lebih keras untuk mendapatkan apa yang aku inginkan.

550D terpaksa ditangguh dulu
Dalam kesempitan ini, aku bersyukur kerana ada yang membantu aku untuk menambah pendapatan terutama kerja-kerja design kulit buku, tempahan kad kawen dan banyak lagi. Alhamdulillah syukur dengan kelebihan aku atas usaha berterusan pada waktu dulu mendatangkan hasil yang baik pada masa sekarang.

Sumber kewangan betul-betul membuatkan aku sesak nafas. Dan ianya membuatkan aku menghela nafas yang cukup-cukup dalam. Hurmmm... agak perlu bersabar dalam langkah untuk berjaya.


p/s : aku banyak pujuk hati supaya bersabar, banyak perkara pastinya banyak cabaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails