Khamis, 25 April 2013

MAKUM #1

MAKUM atau nama panjangnya adalah Majlis Kebudayaan Universiti- universiti Malaysia akan berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 17 hingga 19 Mei 2013. Setakat ini, 8 penyertaan dari universiti lain telah di terima. Harapnya program berjalan lancar...

Dan aku adalah sebahagian crew untuk festival kali ini. Tema kali ini adalah Battle Of The Band. Selaku designer untuk program ini, idea ibarat mencurah-curah ke ladang gandum tapi nak capai semua... memang payah...huhu....

So, aku come out dengan 1 design yang dah approve. Puas hati jugak la sbb design ni diterima, lagi satu.. aku pun memang berkenan dgn y nie...hihi... asas utama dia adalah logo. bila dah complete logo, barulah boleh teruskan design banner, bunting, backdrop, buku program, sijil, plug dan yang sama waktu dengannya...
LOGO MAKUM 2013 UPSI

itu saja coretan kali ni, nanti aku story lagi perjalanan belakang tabir sebelum berlangsungnya MAKUM 2013..


p/s : maaf pada kawan2 @ customer y tempah design, xdpt nk terima tempahan dalam waktu terdekat ni.... hanya fokus 1 tambah2 dah ujung sem ni... akan kembali design bulan jun nanti...hehehe

Sabtu, 20 April 2013

MOST LIKE VIDEO ANTI-CORRUPTION CONTEST #1

Hari ini akan berlangsung majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan MOST LIKE VIDEO ANTI-CORRUPTION.

Pertandingan ini merupakan 1 program yang di anjurkan oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dan aku selaku Sekretariat Radio merupakan pengarah program untuk pertandingan ini.

Pada awalnya, pertandingan ini merupakan 1 program yang telah dirancang oleh Alumni sesi sebelum ini, memandangkan pertandingan ini tidak sempat di langsungkan semasa sesi alumni, maka program-program yang tidak dapat dijalankan ditunda kepada sesi kami.

Dan aku telah menerima program ini dari pihak Majlis Tertinggi untuk dilaksanakan.

Majlis ini akan berlangsung pada jam 3 petang di Pentas Utama Bitarasiswa UPSI.
Harap majlis ini akan berjalan lancar. Amin

     

Khamis, 18 April 2013

SAMBUNG PELAJARAN #SHORT STORY

BAKAL TAMAT

Insyallah.. bulan Mei 2014 aku bakal menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam jurusan Pendidikan Seni. Setahun lagi bersabar...huhu. Sebetulnya aku tidak terfikir akan berada sejauh ini selepas mengalami kegagalan semasa STPM tahun 2008.


Rabu, 17 April 2013

TIP TEMUDUGA

Melalui tulisan ringkas ini, saya akan cuba mencoretkan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh seseorang calon temuduga. Sudah pasti bukan semua aspek sempat untuk saya coretkan, terutamanya saya bukanlah seorang pakar bab pengurusan dan temuduga. Namun masih boleh berkongsi pengalaman.
Secara ikhlas, terdapat beberapa kelemahan nyata bagi kebanyakan calon-calon, kelemahan tersebut juga berulang-berulang.

Selasa, 9 April 2013

CATATAN ANAK MUDA #4

9 April 2013

Aku ke rumah kawan aku untuk temankan aku mengajar di sekolah merangkap cameraman aku..hehe..
Kelas yang aku akan ajar adalah tingkatan 2 Bestari. Mohon dengan cikgu untuk dapatkan 1 masa, tapi aku dapat 2 masa. Ok sangat sebab tahu, 1 masa memang tak cukup. jam 9.50 pagi aku mula mengajar.

Isnin, 8 April 2013

CATATAN ANAK MUDA #3

8 April 2013

Jam 8 pagi aku ke sekolah. Berjumpa dengan cikgu seni. Bincang sedikit perkara yang hendak dibuat dan cikgu kata ok ja...huhu. Dan alkisahnya kena maklum juga kepada pengetua akan kehadiran aku ke sana. alhamdulillah sempat berjumpa dengan Pengetua baru. Tak sempat nak hafal nama, cumanya aku ingat namanya En. Kassim. Permohonan aku dipanjangkan kepada En. Wan Mazlan iaitu PK1. Ternyata berlaku sedikit salah faham dengan PK1. PK1 mengagak aku hadir untuk berpraktikal dan dia bertanya mengenai surat asal dari UPSI.

Ahad, 7 April 2013

CATATAN ANAK MUDA #2

7 April 2013

Alhamdulillah, selamat sampai ke kg halaman. Tadi dalam perjalanan, bas mengalami sedikit masalah semasa di atas gunung antara laluan Gerik - Jeli, tapi nasib baik hanya sekejap dan kemudiannya bas meneruskan perjalanan seperti biasa.

Sabtu, 6 April 2013

CATATAN ANAK MUDA #1

Lama benar tidak update blog, banyak kisah cerita yang mahu dicatat tapi ada ja perkara sampai tak terbuat.


6 April 2013

Related Posts with Thumbnails