Khamis, 31 Mac 2011

PUISI UNTUK ADIK-ADIK SMK SLIM, SLIM RIVER, PERAK



Adikku sayang,
Kali pertama pertemuan kita membuatkan abang menyinsing pemikiran
Kali pertama abang mencelah berkongsi pendapat bersama senyuman adik-adik
Sungguh bernilai perkongsian ini membuat abang bersemangat untuk bersamamu,
Walau seketika melayan kerenah mu, abang tidak pernah meletakkan rasa jemu,
Kerna yakin bahawa adik punya masa depan yang cemerlang.

Adik ku sayang,
Ego mu adakalanya tinggi, tidak dapat abang turuti
Tidak dapat abang fahami dan mengerti rentak mu itu
Nakalmu membuatkan abang tersenyum dihati
Rupanya kamu perangai lebih kurang abang masa muda-muda dulu.
Hati xpernah merasa puas, kalau boleh nak langgar semua arahan,
Nak langgar semua peraturan,
Abang tahu adik masih muda, muda hijau pucuk yang sedang rancak untuk berceritera
Yang nak berkongsi segala suka duka bersama teman yang bahagia.

Kalau itu yang kamu mahu janganlah kamu lupa
Siapa kamu sebenarnya, siapa kamu dimata mereka,
Jangan mudah tersenyum akan kegembiraan yang  tidak kekal  selamanya
Bahagia sentiasa menunggu kita tetapi kita yang tidak mencari dan mengekalkannya.

Adik-adik,
Perjalanan masih jauh, rona liku-liku kehidupan masih tidak menjelma
Tetapi sedarlah adik-adik yang kita semakin dewasa,
Ingatan ibu dan abah tidak pernah lekang dimata mereka akan diri kita,
Bagaimana adik-adik belajar, bagaimana kesihatan adik-adik, senang atau susahkah adik-adik belajar?
Semuanya tidak pernah diungkap oleh ibu bapa tetapi mereka sangat sayang pada kita,
Buatlah ibu dan ayah adik tersenyum,, senangkan hati mereka.
Tidak susah adik-adik ku sayang.
Jangan sakiti mereka sudah memadai andai tidak cemerlang dalam pelajaran mu
Tetapi alangkah gembiranya mereka andai semuanya itu menjadi milikmu,,, tidak menyakiti dan Berjaya,,,
Tersenyum mereka….bukankah itu yang adik ingin kan,,,,
Bukankah itu yang adik impikan,
Betapa bernilainya dirimu
Punya kehidupan kejayaan yang bakal menyusul,
Sayang abang pada adik tidak pernah pudar
Yakinlah akan dirimu yang kamu berhak untuk menikmati kehidupan mu dalam keredhaan ibu dan ayah.
Ingat adik-adik,, ingatlah,,,


SMK SLIM, SLIM RIVER, PERAK
26 MARCH 2011
3.45 PETANG

SEWAKTU HIDUP BERILAH SEBANYAK MUNGKIN



Guru zaman dahulu amat dihormati oleh masyarakat. Mereka dihormati kerana mereka boleh dipercayai. Mereka dipercayai kerana mereka ikhlas.

Apabila mereka dihormati maka mereka menonjol menjadi seorang manusia yang hebat.

Ternyata, keikhlasan merupakan sifat yang amat penting dalam hidup. Keihlasan tidak perlu didendangkan. Ianya satu kemestian jika kita ingin bahagia dalam hidup. Ramai yang mengatakan diri mereka ikhlas dalam melakukan satu-satu perkara. Apabila mereka menyebut tentang keikhlasan mereka, sebenarnya mereka telah meruntuhkan nilai ikhlas itu sendiri. Keikhlasan bermaksud melakukan sesuatu perkara dalam keadaan yang penuh kesedaran dan tanggungjawab.

Manusia yang menerima sumber ikhlas dari kita pasti dapat merasainya. Apatah lagi sebagai seorang guru dengan tanggungjawab yang amat berat. Hanya keikhlasan yang menjadi ubat kepada kesukaran kita. Tidak perlu kita merungut tentang tanggungjawab yang berat kerana ia tidak akan mengurangkan beban tersebut. 

Hanya diri kita sendiri yang dapat membentuk keikhlasan tersebut. Tidak boleh dipaksa. Mungkin selama ini kita merasakan bahawa kita telah cukup ikhlas tetapi renungkanlah kembali hari-hari yang kita lalui. Apakah kita benar-benar ikhlas dengan pemberian kita. Apakah ilmu yang kita sampaikan kepada pelajar benar-benar datang dari niat hati yang ikhlas untuk menjadikan pelajar kita benar-benar menguasai ilmu tersebut.

Memang kita tidak kaya harta dengan menjadi seorang guru. Tetapi kita merupakan golongan yang paling banyak memberi. Apabila kita memberi dengan sebanyak-banyaknya dengan penuh keikhlasan maka kita akan kaya dengan kepuasan.

Marilah kita memulakan episod baru dengan penuh keikhlasan. Semoga kita akan mendapat nikmat yang tidak terhingga dan seterusnya menjadi manusia yang hebat. Janganlah kita mengharap sanjungan kerana ianya akan meruntuhkan nilai keikhlasan tersebut.

Sewaktu kita hidup, marilah kita memberi sebanyak-banyak yang kita mampu.


Isnin, 28 Mac 2011

PROGRAM EKSKLUSIF SEKOLAH BITARA

Salam sejahtera kepada semua blogger,,
Perkongsian pada hari ini ialah perjalanan ambo semasa mengikuti Program Eksklusif Sekolah Bitara di SMK Slim, Slim River, Perak pada 25 hingga 27 Mac 2011.


Program ini adalah dibawah Kelab Fasilitator Bitara ( KeFB UPSI ). Program sebegini terlalu banyak manfaat yang berguna kepada bakal guru kerana setiap aktiviti yang dibuat akan memudahkan fasilitator untuk mengajar dan membuat aktiviti di sekolah nanti. Diketuai oleh Pn. Shaiha ( kak Yaya Yong ) iaitu mantan MPP 2009/2010 dan penasihat ialah Cik Najidah.

Lokasi : SMK Slim, Slim River, Perak.
Tarikh : 25-27 Mac 2011

Selama tiga hari berkampung disana, pelbagai aktiviti yag kami buat yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 3 yang tinggal di asrama. Sangat seronok kerana dapat berkongsi pengalaman dan memberi kenangan kepada kami serta adik-adik di sana.
              Seperti biasa, hari pertama, kami adakan pendaftran dan membuat ice-breaking  bersama-sama melibatkan fasilitator dan adik-adik di sana. Antara aktiviti lain yang kami buat adalah ujian personaliti, peta minda, Solat Qiamullai, Talentime, Explorace, Bersenam dan banyak lagi. Semua ini meninggalkan kenangan kepada kami kerana dapat bergembira dan memberi input berguna kepada adik-adik di SMK Slim.


























"Cikgu, nak emel n autograf"
Autograf ok lagi, tapi emel tu xtahannyer,,,hahahahaha,,, xmintak pun no. tlfon,, hurmmm,,, adik2 zaman skrang,, ape lagi kalau bukan Facebook....hu3


Kenangan Kumpulan 5
Related Posts with Thumbnails