Selasa, 27 Disember 2011

TUTUP BUKU...

4 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baharu (ikut kalendar orang kafir)...
Bermacam kisah sepanjang tahun 2011 menggamit memori... kalau manis kisahnya sudah pasti senyum tak sudah bukan. Andai pahit, kekadang mahu juga mencari dimana silapnya.

Pada 1 Januari lepas, saya ada mencatat sedikit perkongsian <------- klik.
Satu Perjalanan yang semakin jauh. Untuk kita berusaha menjadi orang dewasa. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ada orang yang dapat tempuhinya dan ada yang tidak, kerana faham atau tidak kita adalah tidak sama walaupun kita adalah manusia.


Aku suka melihat video ini,, ianya memberikan satu inspirasi kepada diri. Semangat, kehendak, kemahuan, keinginan semua kita mahu capai. Tapi sedar atau tidak, kita sebenarnya memerlukan keyakinan. ITulah atitude kita.

"Kamu tidak layak menjadi guru...!!"

November 2010 tercatat dialog ini. kata-katanya masih terngia-ngia di telinga aku. Aku sememangnya tidak faham akan perangai pensyarah berkenaan, tapi sekurang-kurangnya aku menjadikan kata-kata itu sebagai semangat untuk diri aku. Semangat yang perlu ada perlu kuat, baharulah ianya menjadi kenyataan,,,haahha

Adakalanya aku hilang semangat, semacam redha akan ketentuan tapi takkanlah nak redha je kan,,,,ahahaah,,,, Think positive rite?? (^__^)

Sekarang minggu study week, 
Walau asignment masih mendampingi,
Tapi hati sedikit tenang,,, semacam satu kepuasan
Cumanya, bagaimana aku mahu tafsir tidak jelas penghayatannya...
Cukup sekadar aku cakap ianya sangat tenang.
Dengan suasana kolej yang damai, angin menghembus lembut dari luar tingkap
memancarkan perasaan yang indah...

Semalam, angin kuat melanda bumi Tanjong Malim
Hampir dua malam cuaca menyeramkan
semacam musibah melanda...
Ketentuan illahi semakin hampir bukan?
Andai bencana melanda,
Bersediakah diri ini...

Duniawi ada penghujungnya
akhirat nanti tiada terhitung...
Percaturan yang nampak mudah tapi kesannya cukup gundah...

..........................chill out...............................................haahaa

Sabtu, 24 Disember 2011

RECALL THE TIME #1

Hari terakhir untuk kuliah sem 3...
Setahun setengah sudah aku berada di Universiti PEndidikan Sultan Idris. Kisah2 yang bermacam telah pun disimpan elok dalam memori. Malam nie entry ape ntah aku nak isi...hahaha

Malam nie aku nak recall back my memory.. its all about who behind me when i feel i down....
Mungkin korang pom same kan,,? Setiap kekuatan kita mempunyai tahapnya yang berbeza. Dan pada masa yang sama kita juga akan merasakan tidak mampu untuk bertahan. Tapi percayalah, mereka-mereka inilah (sahabat2 anda) yang sentiasa dekat dengan anda tatkala ibubapa tiada didepan mata.

HAIZAL YAHAYA
siapa dia? Dia merupakan senior aku. Baru je grad mase bulan 7 baru2 ni. aku kenal dia mase tu dia dah sem 7 dan aku sem 1....jauhkan,,,. Dia banyak membantu aku dalam banyak perkara. Sorang yg baik dan sentiasa beri aku nasihat dan semangat. Apa yang seronoknya, Abg Hezal ni adalah yang mula2 skali mencetus konflik antara aku dgn pensyarah aku ( lagipun pensyarah aku tu memang perangai teruk dan ngada2kan,,,haahah ). Tapi sedar atau tidak, Abg Hezal jugalah membuatkan aku berterima kasih banyak2 kepada dia, kerana dia membuatkan aku perlu hadapi banyak perkara yang adakalanya tidak mampu untuk dijangka.. (^__^) Terima Kasih Daun Keladi...

*gambar masa Kem di Lubuk Kawah




*bersambung...

Rabu, 21 Disember 2011

MELEWATI MASA...

Berjalan-jalan melewati waktu-waktu hidup ini.


Asalam kawan-kawan blogger. Rasanya semester ini amat jarang sekali ( penggunaan ayat lewah) aku mengupdate blog. Jari jemari hanya bergerak2 pada papan keyboard dan sekadar taip komen2 di FB sahaja. hurmmm,,,,,

Tinggal 2hari lagi untuk mengakhiri minggu kuliah dalam semester 3. Sedar atau tidak aku semakin menjejak dewasa ( katanya Amir Batrisya ). Banyak perkara yang dirancang tidak berapa nak menjadi bahkan yang lain pula terjadi...hahaha.


“(Dia) yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia yang Maha Perkasa dan Maha Pengampun.” (Al-Mulk: 2)


“Jom kita enjoy dulu, hidup ni cuma sekali ja.” “Masa muda cuma datang sekali, bila lagi kita nak berseronok?” Boleh jadi anda pernah terdengar percakapan seperti ini diucapkan, kebiasaannya oleh golongan muda remaja. Mengikut pemikiran biasa, rugilah sekiranya seseorang remaja menghabiskan umurnya tanpa merasai apa yang selalu diistilahkan sebagai “enjoy”, “relax”, dan “fun”. Malah bagi orang dewasa sekalipun ada kalanya berasa tidak puas dan selalu terfikir untuk mencari keseronokan-keseronokan yang baru, sebab “hidup ni cuma sekali, bila lagi nak merasa?”


Bagaimana anda fikir situasi ini? tepuk dada tanya selera bukan..?
Aku ni entah la apa yang mahu dibicarakan.
Antara hati dan perasaan.
Antara maruah dan pengorbanan.
Antara kehidupan dan kematian.
Bercampur baur.


Masa kian pantas berlalu. Dalam kelipan mata yang sempurna, sudah satu tahun setengah aku berada di alam universiti. Banyak kisah cerita suka dan duka. Terlalu banyak ( banyak kerr,,,ahahha). Dalam masa itu, aku cuba mencari waktu-waktu berkualiti aku. Cuba mencari waktu-waktu yang optimum untuk diri aku tetapi pencarian itu seakan-akan hampa.


Ya..betul, kita bukan insan sempurna dan tidak semua yang kita terima itu adalah manis2 belaka... (^__^)
Kali ini aku mahu berlari lagi, berlari dalam laluan aku sendiri.

Aku sayang kat kawan2 aku tapi nadanya sedikit sumbang tapi masih sedap untuk didengar.

Apapun aku yakin dan percaya dengan apa yang tertulis olehNya...
Aku ini hamba yang lemah...

Mungkin terlalu mencari jawapan untuk ketenangan hati membuatkan kita berfikir macam-macam hal.. sedangkan kita boleh melaluinya dengan ssebaik mungkin... ( pesanan untuk diri dan teman2 )
Related Posts with Thumbnails