Bermacam kisah sepanjang tahun 2011 menggamit memori... kalau manis kisahnya sudah pasti senyum tak sudah bukan. Andai pahit, kekadang mahu juga mencari dimana silapnya.
Pada 1 Januari lepas, saya ada mencatat sedikit perkongsian <------- klik.
Satu Perjalanan yang semakin jauh. Untuk kita berusaha menjadi orang dewasa. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ada orang yang dapat tempuhinya dan ada yang tidak, kerana faham atau tidak kita adalah tidak sama walaupun kita adalah manusia.
Aku suka melihat video ini,, ianya memberikan satu inspirasi kepada diri. Semangat, kehendak, kemahuan, keinginan semua kita mahu capai. Tapi sedar atau tidak, kita sebenarnya memerlukan keyakinan. ITulah atitude kita.
"Kamu tidak layak menjadi guru...!!"
November 2010 tercatat dialog ini. kata-katanya masih terngia-ngia di telinga aku. Aku sememangnya tidak faham akan perangai pensyarah berkenaan, tapi sekurang-kurangnya aku menjadikan kata-kata itu sebagai semangat untuk diri aku. Semangat yang perlu ada perlu kuat, baharulah ianya menjadi kenyataan,,,haahha
Adakalanya aku hilang semangat, semacam redha akan ketentuan tapi takkanlah nak redha je kan,,,,ahahaah,,,, Think positive rite?? (^__^)
Sekarang minggu study week,
Walau asignment masih mendampingi,
Tapi hati sedikit tenang,,, semacam satu kepuasan
Cumanya, bagaimana aku mahu tafsir tidak jelas penghayatannya...
Cukup sekadar aku cakap ianya sangat tenang.
Dengan suasana kolej yang damai, angin menghembus lembut dari luar tingkap
memancarkan perasaan yang indah...
Semalam, angin kuat melanda bumi Tanjong Malim
Hampir dua malam cuaca menyeramkan
semacam musibah melanda...
Ketentuan illahi semakin hampir bukan?
Andai bencana melanda,
Bersediakah diri ini...
Duniawi ada penghujungnya
akhirat nanti tiada terhitung...
Percaturan yang nampak mudah tapi kesannya cukup gundah...
..........................chill out...............................................haahaa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan