MADAH 1
Hujan lebat ketika aku menaip kisah ini. Di tepi laptop aku letakkan secawan teh O panas. nyaman dalam hujan yang lebat ini. Musim bah hampir tiba. Sesekali kedengaran katak mengalunkan iramanya, gembira barangkali.
"Semalam babi menyondol tepi pagar rumah, habis anak getah umi yang baru tanam.." Keluh mak aku, sambil aku mencapai cawan teh dan menghirupnya, terasa hangat mengalir dalam mulut aku... "hahaha.." aku ketawa kecil tengok mak aku keanak-anakan lagaknya, nampak wajah sedikit kecewa memandangkan pertama kali mahu menanam getah. Adik beradik mak aku yang lain semuanya nenek aku yang tanamkan kecuali mak aku. normal la kan, orang tua pilih kasih terhadap anak-anaknya. Tapi bila sakit demam, mak aku juga yang dicarinya.
Sesekali aku buka inbox mesej di facebook, melihat contoh rujukan kajian kraf yang dihantar oleh Mijan, senior seni aku yang baru sahaja konvo pada bulan september lepas. Cukup lengkap bahan yang dihantarnya. Jadinya target aku untuk cuti semester selama 3 bulan ini untuk mencari tajuk dan bahan bagi aku jalankan kajian kraf di kampung aku.
Sebelum ini aku sudah bertanya pada ayah aku, katanya ada tempat membuat alat dikit barat dekat dengan tali air Kg Lati, berdekatan dengan tapak KADA yang dah penuh dengan semak samun. Dulu tempat tu sangat meriah dan menarik tapi sekarang pihak bertanggungjawab dah abaikannya.
-------------------------------------------------------------------------
Semalam aku baru sampai ke kampung halaman. Dihitung rupa-rupanya sudah 2 minggu aku tamat latihan mengajar atau bahasa mudahnya adalah praktikum. Sempat singgah ke Tanjung Malim menghantar barang-barang dapur yang nak digunakan pada semester hadapan. Hajatnya nak jumpa Wanjern, Sufian, Fahmi, Khairee, Shafiq dan Ridzuan tapi tak kesampaian kerana mereka ada Program KRS di Tapak Kem Palapes Kampus Baru.
Kebetulan juga aku singgah ke Tanjong Malim tu sebabnya mahu berjumpa pensyarah aku, Umi a.k.a Pn Jamilah untuk berbincang mengenai Modul dengan Open University Malaysia, turut bersama aku adalah Alif tapi pada malam tu juga dia pulang ke Teluk Intan berjumpa dengan tunangnya. Tinggal la aku di Tanjong Malim menanti mentari keesokkannya.
Semuanya tak berjalan lancar, dengan rakan-rakan yang pergi kem dan umi yang tiada di Tanjong Malim disebabkan masalah keluarga dan bahan modul yang masih belum diperolehi dari OUM. Bosan...tapi ada hikmah semuanya.
...bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan