KALAU TAK
NAK BACA TU BERMAKNA IBLIS BERJAYA HALANG KAMU UNTUK BACA,KALAU RASA DIRI KAMU
KERDIL SILA BACA . -
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya
seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. - Selepas semua
makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari
ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya
“Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran
& keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati. - Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup
sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi
putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit
atau bulat seperti bumi. - Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg
disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah
manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. - Semua
manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak
rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang
nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. - Lalu datanglah api yang
berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan
binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan
(bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan
dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami
akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. - Setelah
semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka
tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. -
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah
malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat
saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. - Kemudian matahari
muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan
matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari
naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi
terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai
kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka
berlanjutan sehingga 1000 tahun. - Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad
SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja.
Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi
empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari
kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia
mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. - Semua makhluk berada bawah
cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.
Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata “Aku takut pada Allah”. ⅵ- Lelaki yg
bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah. -
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang
mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman,
kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”.
Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini
berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan
besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa
a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan
akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang
lain adalah 1000 tahun perjalanan. - Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW
ke hadrat Allah SWT.
Lalu diperkenankan doa baginda. - Selepas itu, terdengar
bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana
mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang
dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20
ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu
tiba dibumi. - ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4
orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang
mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia
dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. - Kursi iaitu
jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat
yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah
padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan
istana. - Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan
timbangan amal.
Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun
dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia
sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. - Manusia beratur
dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik
beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka
tersendiri untuk dibezakan. - Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi
Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan
hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. - Apabila
tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab
mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi
orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. - Semua makhluk
akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat
besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang
bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. - Acara
ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan
pengikut masing-masing dihisab. - Perkara pertama yang diminta ialah Islam.
Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan
buruk tetap akan ditimbang. - Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri,
tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah
tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. -
Setelah
amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak
masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk
berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. - Syafaat Nabi
Muhammad SAW di akhirat : ⅰ-
Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan
hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga
tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai
iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan
Allah SWT.) Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan
izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang
yang lain. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut
yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia
akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. Fudhail bin Iyadh berkata
perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun
mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat,
seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak
dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu
mereka jatuh ke dalamnya. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat
mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya
seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad
Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. Jika sekiranya kalian ingin
mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara
yang akan dibawanya bersama : ① Sedekah/amal
jariahnya. ② Doa anak²nya yang soleh. ③
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
BERSEDIAKAH KITA
JIKA BERLAKUNYA ESOK? DGN AMALAN YANG SANGAT2 SIKIT.BAGAIMANA UNTUK KITA
MENJAWAB TENTANG AMALAN2 YG TELAH DILAKUKAN? F.I.K.I.R SEJENAK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan