Sekadar untuk bacaan bersama:
♥ Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga
dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan
adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa
diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.
... Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka
bertolak ansur, serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
♥ Anak Tengah
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang
lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka
adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang
lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka
merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu.
Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu,
anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa
mengharapkan bantuan orang lain.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik
beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah
♥ Anak Bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk
membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan
sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut
kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja
dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan
sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun
sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa
sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat
selama-lamanya.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri
COPYPASTE DARI RAKAN FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan