Pada awal perkenalan, pasangan yang bercinta baru ingin mengenali hati budi pasangan masing-masing. Semakin anda mengenali dirinya, semakin anda dapat merasakan si dia pilihan yang tepat untuk menjadi pasangan hidup. Namun, dalam menjaga perhubungan yang terjalin dengan baik supaya terus kekal ke alam perkahwinan bukanlah mudah.
Semua orang ingin hubungan percintaan mereka berakhir dengan perkahwinan. Pelbagai komitmen harus dititik berat dalam memastikan hubungan anda sentiasa segar dan ceria. Untuk realisasikan impian anda, anda perlu berusaha berdasarkan empat perkara berikut
Perkara pertama : Belajar saling menghormati
Jika semasa bercinta anda tidak mampu menghormati pasangan anda, bagaimana anda hendak bahagia apabila berkahwin nanti. Kebahagiaan akan hadir apabila anda hormat apa yang pasangan anda lakukan dan dia juga hormat apa yang anda lakukan. Jika tiada perasaan hormat, masing–masing hanya tahu salahkan antara satu sama lain sahaja dan hubungan dua hala sukar tercapai.
Perkara kedua : Sentiasa memberi galakan
Apabila anda berdua saling memberi galakan, anda berdua akan lebih serasi antara satu sama lain. Jika pasangan anda selalu mematahkan semangat anda, anda perlu berfikir kembali adakah dia sesuai untuk anda. Ini kerana perkahwinan akan jadi bahagian jika anda kedua–duanya saling menyokong antara satu sama lain.
Perkara ketiga : Percaya pada pasangan
Jika tiada kepercayaan, ikatan pasti tidak akan terjadi. Anda perlu ada kepercayaan pada pasangan anda, barulah apabila berkahwin nanti anda berdua akan bahagia.
Perkara keempat : Tidak manipulasi
Perkara terakhir yang akan membawa anda dan pasangan anda kepada perkahwinan bahagia adalah anda berdua tidak manipulasi antara satu sama lain. Maksudnya anda berdua tidak menyembunyikan kebenaran. Sikap tidak berterus terang akan hanya membawa hubungan anda ke arah kemusnahan.
Belajar juga untuk menerima pasangan dengan seadanya. Segala kekurangan dan kelebihan diterima dengan baik. Ini kerana perkahwinan adalah perkerjaan sepenuh masa dan anda akan berkongsi hidup dengan si dia.
Read more: http://www.notahati.com/empat-perkara-yang-boleh-membawa-hubungan-ke-arah-perkahwinan/#ixzz1taDgt282
~~teringin tapi zahirnya belum mampu~~ (^__^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan