Salam,
banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan
keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan
kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah
Tanda-tanda
hidup kita tak berkat ialah :
1. Duit
banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit
pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak
dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah
pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak
bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat
kerja, tak siap.
Projek ada
macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat,
macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya
tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang
dirancangkan.
3. Buat
sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku
banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun
tunggang langgang.
4. Masa
habis dengan sia-sia.
Kononnya
sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka
main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka
melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak
boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak
amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
Adakah anda
salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita
sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada
orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.
Aduh,
alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup
ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di
akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah
daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.
Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga
By: Islamic
Articles
Tiada ulasan:
Catat Ulasan