Khamis, 7 Oktober 2010

Mengeluh @ Tekad untuk jd lebih baik?


Pengalaman adalah kehidupan kepada kita. Setiap yang berlaku menjadi ingatan kepada kita.

Salam kepada kalian, ambo sedikit terusik dengan kata-kata ini. Setiap patah perkataan ini memberi amaran kepada ambo supaya sedar bahawa setiap peristiwa perlu difahami dan bukan sekadar dengar dan lihat. Tindakan adalah yang utama samaada kita mahu mengeluh atau tekad untuk menjadi lebih baik?. Dan itu adalah persoalannya.

Kepada yang budiman,
keutuhan diri kita sebenarnya perlu dicari, kredabiliti pada ketika itu banyak mencabar pemikiran dan batin kita. Lumrahnya adalah kita sebagai manusia tidak pernah terlepas daripada menerima dugaan walaupun sekecil kuman.


Matlamat yang tidak menghalalkan cara

Ungkapan ini sebenarnya untuk agama islam ( adat dalam islam ), tetapi ianya sesuai dengan setiap apa yang berlaku. Isu sebenarnya yang ambo mahu timbulkan adalah "berkawan" dan apa yang kita perlu lakukan apabila kita berkawan.

Hari ini ( 7 Oktober 2010 ) merupakan permulaan titik hitam dalam kehidupan ambo. Satu peristiwa yang langsung ambo tidak dapat jangka telah berlaku kepada ambo. Matlamat orang itu memang betul untuk berjaya tapi janganlah sampai memfitnah ambo.

Mengenai fitnah, Allah berfirman bermaksud: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah Al-Baqarah: 191)

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Riwayat Muslim)

Ambo sedikit terkilan dengan apa yang berlaku. Perkara sebenar bukanlah seperti itu, tapi itulah yang terpaksa ambo terima.
Apa salah ambo sampaikan terpaksa terima semua ini?

Tapi, ambo perlu sedar yang ambo sememangnya perlu banyak bersabar dalam menghadapi banyak perkara. Walau bagaimana pun, sekiranya hal ini melibatkan masa depan ambo, ambo tidak akan berdiam diri,,,

*Ambo berpesan kepada diri ambo dan kalian semua, berhati-hatilah dalam memilih kawan.




*p/s : i dont know what will happen at the future,,, but i don wanna give up.. promise!!

3 ulasan:

  1. cik mat~~~
    bnyakkan bersabar...ssngguhnya Allah tdk akn menguji umatnya dgn dugaan yg umatnya tak mmpu pikul...go mat...chaiyOk2...insyAllah,ddpn sana ad jlnyer...jgn ptus asa k...

    BalasPadam
  2. salam..sabar ye che mat..sume yg terjadi ni ad hikmahnye..dan kejadian yg berlaku tu sbnrnye membuka mata kita utk lihat perkara yg lain yg sblm ni kita x nmpk..jd che mat,usaha! FIGHTING! klu x,jumpe sensei..tambahkan cakura..hehe..

    BalasPadam
  3. bebunga LILY : betul tu,,,,mmg mcabarkan,,,hu3

    Teddy : i like it,,,,,ahahhahaah, orait,, nk kumpe
    sensei la,,,hi3

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails