Fuhhh... berkebuk dah blog aku nie... tu la kan.. masa makin dikejar makin jauh dia lari...
Aku ni dah nak semput sebab tak cukup waktu nak uruskan segala bagai ditambah pulak dengan suka menangguh kerja plak...ahahha.. sabo je la...
Nak di pendekkan cita...
Aku bukannya apa, tapi normal la kan sebagai manusia mesti ada rasa kurang selesa dengan kawan2. Tipu la kalau korang cakap tak pernah rasa tak selesa dengan kawan2.. kan kan kan? Tapi nie serius aku terasa bersalah sangat dan terperangkap antara sifat mulut jujur dan mulut menipu... Sepanjang aku menjejak dewasa nie.. [cehh guna trademark Amir Batrisya plak,,,ahahh.. sori (^__^)] aku menilai teman-teman aku untuk diri aku sendiri dan kadang-kala aku bertanya dengan diri aku, adakah aku ni juga bersikap sedemikian? hurmmm.
Jom nak mengumpat sikit ngan korang...ahahaha. Secara ringkas aku "note" kan sikap teman-teman aku yang membuatkan aku kurang selesa tapi aku tak menyata / mengata depan dia....ahahah ( aku pom jahat jugak nohhh)
1. Pendesak
Oh... nie la perkara paling/ sangat/ teramat aku tak suka. Tambah2 bila tanya aku ni couple ngan sape..isyhhh... bukan ape. kekadang ade kawan2 aku ni jenis xfaham bahase (kejamnyew). Bila aku cakap aku single, hah,,!! mula la cakap aku menipu, pastu cakap " takkan la muke hensem cam ko xde makwe..." (hahaha,, shialll,, muke aku ensem... poyo seseorang...ahahah). Soalan camni buat I rimas tau....ahahhahaha. So, aku jelaskn kat sini ek moga faham : Aku setakat ketika ini masih selesa begini, single n i have enjoy my life, easy going to anywhere... Tak perlu nk hantar report klau nk kemana2...hu3
Ok... tutup bab couple
2. Blurr
Yang ni slalu buat aku tergelak sorang2...ahahahh. Kekadang dia nk tafsir sesuatu dan dia sangat tahu tapi tak tau cmna nk bgtau...hahahaha. Tapi yang kekadang perkara yang macam ni la membuatkan aku sangat geram tapi dalam hati je la..huhuhuh. Bukan apa kan, bila nak saling bekerjasama pasti ada sesetengah perkara yang langsung tidak dapat membantu. Kalau time otak aku stuck kejap, hah...!! dia pom tetiba stuck jugak... huh..sabo je laaaaaaa...........
3. Caring gilerrr...!!
Uuuuuuuu...yang ni aku tak leh tahan... geli dowh.... klau yang macam nie isyhhh pelik semacam jek. Kalau salah cakap sikit terus minta maaf, kalau skali boleh la trime kan,, ni berkali2 sampai semcam aku ni diibarat pompuan n kwn aku tu boypren dia, pastu mintak maaf byk2 kali..isyhhhhh... rimas la...ahahahha. Tapi betul la kan, tanpa kwn siape la kite...ahahaha
*to be continue....
Ahad, 26 Februari 2012
Sabtu, 14 Januari 2012
TANDA KIAMAT KECIL TELAH LENGKAP
dicopy paste : http://wanwma.com/agama/tanda-kiamat-kecil-telah-lengkap-tanda-kiamat-besar-sedang-disempurnakan/
Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.
1-Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.
2-Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.
3-Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.
4-Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5-Munculnya kekejian.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6-Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.
7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani.
8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.
9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
10-Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani.
11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim.
12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.
13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.
14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai.
15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslim).
Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.
Sepuluh tanda itu ialah:
Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
Gempa bumi di Timur.
Gempa bumi di Barat.
Gempa bumi di Semenanjung Arab.
Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
Khamis, 12 Januari 2012
BER"WESTERN" DI SUNGAI SAMAK...
Cerita lewat ni,,,hi3...
Pada 8 Januari 2012, kami geng2 kamcing p lepak2 kat sungai samak. Tak pernah rasa seseronok nie,,,betul. haha... Nak dipendekkan cerita, janji nak gerak dalam jam 8....ahha... janji melayu kan,,, tup2 jam 10 baru gerak...
Time tu la bru cari kuali, time tu la bru cari sudu, bru nak cari makan....hahahaha
Pastu kawan aku si Nora tu boleh plak dia cakap "Cawan tak penting"....cehhhh,,hampeh.. ingat nak minum dengan tong ka apa!!ahhaha.. Teringat kata-kata adik aku (link)... so, aku n mirul pegi je ke kedai dan beli barang yang mane perlu seperti CAWAN..!! kannnn....ahhah
Nak dipendekkan cite lagi, masa beli barang2 kat kedai tu, terserempak dengan Naim (NYDP UKLK). Bual2 jap tanye nak kemana, kitorg ckp la nkp Sungai Samak. Dia pun cakap nak kesana jugak sebab ada Hari Keluarga JMK UKLK. Tempat yang kami planning nak pegi,,,!! hayyoi....
So, kali ni nak pendekkan cerita juga...ahha
kami alih lokasi lepak2 kami ke depan cikit dibawah jambatan. view lokasinya menarik sangat... tempat yang landai tu..hu3
Kali ni, sempat jugak anuar kena telur sebijik kat belakang...huhuh.. sempena harijadi dia yang jatuh pada 7 Januari yang lalu...hi3
Pada 8 Januari 2012, kami geng2 kamcing p lepak2 kat sungai samak. Tak pernah rasa seseronok nie,,,betul. haha... Nak dipendekkan cerita, janji nak gerak dalam jam 8....ahha... janji melayu kan,,, tup2 jam 10 baru gerak...
Time tu la bru cari kuali, time tu la bru cari sudu, bru nak cari makan....hahahaha
Pastu kawan aku si Nora tu boleh plak dia cakap "Cawan tak penting"....cehhhh,,hampeh.. ingat nak minum dengan tong ka apa!!ahhaha.. Teringat kata-kata adik aku (link)... so, aku n mirul pegi je ke kedai dan beli barang yang mane perlu seperti CAWAN..!! kannnn....ahhah
Nak dipendekkan cite lagi, masa beli barang2 kat kedai tu, terserempak dengan Naim (NYDP UKLK). Bual2 jap tanye nak kemana, kitorg ckp la nkp Sungai Samak. Dia pun cakap nak kesana jugak sebab ada Hari Keluarga JMK UKLK. Tempat yang kami planning nak pegi,,,!! hayyoi....
So, kali ni nak pendekkan cerita juga...ahha
kami alih lokasi lepak2 kami ke depan cikit dibawah jambatan. view lokasinya menarik sangat... tempat yang landai tu..hu3
Kali ni, sempat jugak anuar kena telur sebijik kat belakang...huhuh.. sempena harijadi dia yang jatuh pada 7 Januari yang lalu...hi3
------------------------------------------------------------
CORETAN GAMBAR EDITING
Kamarulzaman n Vespanya...
Masak kacang panggang...hu4
Goreng nugget tempura n hot dog
it's me...
Jemput makan..hu4
Mandi manda...
uuu..sejuk....huhuhu
Pada ketika ini, Anuar masih tersenyum....kih4
kami...!!
Akhirnya senyuman nuar terlekat di belakang...hahaha..
(telur pecah)
ok, tu je utk hari ni...huhhuu
p/s : masih busy tp masih boleh mencari masa utk kawan2...huhu
Langgan:
Catatan (Atom)










