Rabu, 16 November 2011

PUISI ... JOM BERKONGSI ..


Kadang-kala tak semua yang kita nak, kita akan dapat. 
Dan tak semua yang kita tak nak, kita dapat elak.
Segalanya berlalu dengan pantas.
Semacam hadir dalam cara yang salah
Tidak langsung menilai ombak selingkah


Berpuisi sebenarnya seronok. Anda pernah berpuisi tak? sama ada menghasilkan puisi ataupun mendeklamasikan puisi. Apakah  perasaan anda bila dapat menghasilkan puisi? Jom kita berkongsi ..

       Berpuisi membuatkan seperti rasa kelegaan dan lapang dada. Mungkin luahan tu dibuat dalam nada yang selesa. Daripada wikipedia, puisi merujuk kepada susunan ayat yang menyampaikan maksud dalam bentuk yang indah. Puisi adalah salah satu cabang kesenian manusia. Puisi  boleh berdiri secara sendirian, dan juga boleh disulam dalam seni lain seperti drama puisi.  Jadinya, kalau anda mahir dan berminat dalam puisi, teruskan bakat anda, mana tahukan puisi anda boleh menjadi salah satu karya yang menarik untuk dikongsi.

Saje nak berkongsi . (^__^)



Jumaat, 28 Oktober 2011

PERJALANANMU JAUH .. LUAHAN RASA ..


Sudah hampir ke penghujung sem, suasana belajar aku masih dalam nada biasa. Nak cari mood rajin dah tak jumpa-jumpa dalam hidup aku. Apa nak jadi pun tak tahu la kan.

Kekadang rasa kompleks sangat nak buat kerja padahal bendanya dah tersedia depan mata. Tunggu buat je, heran sangat kan. Korang pun mesti pernah rasakan perasaan nie, perkataan yang selalu menghantui kita sebagai manusia. tahu x ape perkataan tu? of cos la perasaan M.A.L.A.S .. (-__-)

Segalanya sudah berubah dan sangat-sangat berubah, walaupun aku sedang bertahan. Pada aku, aku bukanlah siapa-siapa di mata manusia,  tetapi ramai yang percaya aku tabah, kuat semangat dan yakin. Bagi aku, kekuatan aku tidak seberapa. MALAS tu kuat sangat...haahhaa. Mungkin aku tidak menjelaskan perasaan itu pada wajah aku. mungkin ..

Dulu pernah kecewa, tapi kali ni semacam nak kecewa lagi..
Tambahan pula, sedikit lari dari landasan normal ..
Percaya atau tidak, ianya sedang berlaku .. dan 
Aku sendiri tak percaya aku sedang mengalaminya ..
Normal itu sepertinya tidak mahu mendampingi aku ..
Kenyataan ..


Entah la apa nak jadi ...

Rabu, 26 Oktober 2011

Wordless Wednesday : CUTE KITTEN...


Malas nak update pasal asignment dalam studio, cuti seminggu nie memang betul2 nak cuti,,,ahaha. Tengok kucing nie tringat kt EE aku, y chumill suke gigit orang,,,hahah





























Credit to :
Related Posts with Thumbnails