Khamis, 8 Disember 2011

INTERIOR DESIGN

Minggu ke 12 baru nak pupuk minat,,?? Alahai
Tinggal 2 minggu je lagi nak tamat sem 3,,,,huhu,,, Semangat gilerr ahh kali ni,,, aku mengadap laptop dari jam 12 tengahari sampai jam 12 malam ( berenti p kuliah sat jam 2-4).

Mengadap sebab ape? nie haa...


ni dipanggil Interior Design...huhu. Aku guna software Google Sketchup. Pakai yang free,,, tu je yang mampu,,,hu3.

Dan ini plannya 


Dan ianya bakal dibangunkan menggunakan Multiboard...hu4.
Ok,, tu je,,,,

Rabu, 7 Disember 2011

TAKE TIME...

Hujung-hujung sem nie rasa stress sangat-sangat...!!
Tak tahan dah akal nie,, adakah masih mampu bertahan. Asignment seperti menyerbu dan menerkam aku,,
Arghhh...

Kalau semua asignment boleh bercakap, mesti dikatanya,,, WOI,,!! CEPAT SIAPKAN AKU...
alamak,,,,takooottt....
Tu la kan,, wat sikit-sikit tapi tak tumpu, tengok la ape jadi skrang nie,,,,sabar je la,,,

------------------------------

Kepada Sahabat2 Seketariat Karnival Keusahawanan, saya mohon maaf sebab tidak mampu lagi untuk beri komitmen sebagai PP Aktiviti, saya terlalu sayangkan asignment saya berbanding Karnival Keusahawanan. (Dulu dah mohon tarik diri daripada sertainya tapi tidak dipersetujui kawan2 seangkatan, sekarang saya merana seorang diri, dah la memang jenis tak pandai nak bahagi masa pastu sebok plak nak join aktiviti segala bagai,,, SEKARANG? Amekaw,,, padan muka,,,!!)



Dalam nada biasa saya berharap ada yang faham bahawan asignment pendidikan seni bukan seperti membuat esei, yang boleh lepak dengan kawan-kawan dan bincang. ( lebih-lebih plak aku nie... ye la,, kalau tak bagi tau nanti salah faham pulak ).

Saya mempunyai 4 Studio yang masih belum selesai. Setakat ini saya telah buat separuh-separuh. Dalam tempoh 2 minggu ini saya perlu settle kerja saya. Katalah apa yang nak kata, janji asignment saya siap....


k.. tu je,,, bubye

Ahad, 4 Disember 2011

KERANA KITA ... SEBENARNYA BUKAN BEGITU



Lama tak meninggalkan jejak disini...

Kekadang kita semacam tidak bahagia dengan hidup kita? Saya yakin anda pernah merasainya bukan?
Sekadar berjalan dalam kehidupan dan laluan dengan senyuman.. wahh,,, sangat yakin....hu4.
Sehingga saat ini, ramai yang melihat saya bergerak dengan yakin kekadang penat, orang boleh kata saya seorang yang tabah...!!

Sedar atau tidak, gelagat dan keyakinan palsu saya telah menjadi idola kepada 2 orang kawan yang tidak rapat dengan saya... apa yang telah berlaku? Dalam tidak sedar saya telah memotivasikan semangat orang lain dan bukan semangat untuk diri saya...

Kenapa saya tidak menjadi seperti mereka...? Berusaha untuk berada dalam situasi yang sepatutnya...
Kawan saya amir telah menghantar mesej kepada saya. 

kadang-kadang kita fikir hidup ini indah. Tapi cabaran dan dugaan yang datang menguji hakikatnya perit dan payah untuk kita telan. Kutip sebanyak mungkin pengalaman hidup dan masa muda ini agar nanti kita menjadi insan yang kuat dan hebat.. Positif dengan hidup dan terimalah kekurangan diri dan kritikan orang agar kita lebih berjaya kerana sememangnya hidup ini anugerah yang tak ternilai. Pahit manis jatuh bangun menang kalah itu adalah warna warni yang mendewasakan kita sebenarnya...

Dan dalam keadaan sedar dan tidak sedar, saya sedang melaluinya. Itulah laluan yang saya pilih, dalam keadaan memaksa saya mengharapkan suatu hari nanti saya akan berubah dan saya nak berubah kearah yang lebih baik. 

Saya telah terbiasa untuk melalui hidup dengan kawan ataupun tanpa kawan...
Maknanya saya tidak kisah berada dalam skop yang bagaimana tetapi ada pada tahapnya. (^__^).
Setakat ini, saya masih seperti biasa....
Melalui drama-drama-Nya yang sudah menentukan episod saya dimana dan bagaimana.
Kekadang saya tak faham kenapa tetapi saya terpaksa faham akan ketentuanNya.

*Belajar untuk hidup bermaruah...
Related Posts with Thumbnails