Selasa, 7 Jun 2011

ANDA MAMPU?

sayup-sayup alunan kicauan burung
menghiasi pagi di kolej ini,
cerita itu sudah berlalu, menghampar seribu kenangan
meninggalkan sejuta harapan,

Sahabat,
Tersenyum aku melihat gelagat kita
Dengan rendah dirinya aku juga mengakui ego ku,
mungkin kata-kata cerca adakalanya lebih baik
dari halusnya suara ke telinga,
dari jauh di lubuk hati aku mampu tersenyum dengan sikap kita,
aku mengerti maksud itu, kerna kita adalah manusia yang tidak sempurna.

Kawan,
adakalanya keperitan itu sungguh indah
apabila ia pergi meninggalkan kita,
satu permulaan yang hitam membuatkan ianya berakhir dengan warna "pelangi"
senyumlah kawan selagi termampu,
kerna halangan akan terus mencabar kita selagi
udara ini kita hembusi dan diseduti,

Teman,
kelam malam tidak lama,
sama juga keletihan kita,
apa yang kita terima ini adalah pengiktirafan atas usaha kita
mungkin manusia tidak semua hargainya
tapi cukuplah ianya membawa kita kearah kematangan yang rasional dan hampir sempurna,

Hidup itu indah,
masalah itu teman,
kelegaan itu pengubat minda
halangan itu satu cabaran,
Tapi
Adakah termampu???
~KUN FA YA KUN~

Khamis, 19 Mei 2011

JANGAN JADI NIHIL



Nihil, satu perkataan baharu aku dengar dan baca. Lantas aku merujuk kamus dewan online yang menyatakan bahawa Nihil ialah kosong.

Secara amnya, kosong membawa banyak maksud tetapi hari ini aku membawa penilaian itu dekat kepada manusia. Jika kita memahami nihil pada manusia, banyak yang kita boleh rungkai sampaikan ada satu-satu tempat aku sendiri pun tidak memahaminya.

Semakin dewasa, semakin banyak yang meragukan. Dalam kita tidak sedar banyak perkara yang bertentangan telah kita lakukan. Pangkat, kekayaan dan kesenangan dunia membuatkan kita leka.

Saya lebih suka bercakap bila kita berjawatan, sifat pertama yang kita tidak boleh elak adalah berlagak. Kita merasakan hanya diri kita yang terbaik, hebat dan sempurna. Olahan idealogi kita sahaja yang hebat sehinggakan pendapat orang lain ditolak ketepi bulat-bulat. Kita menyatakan kita adalah demokrasi tetapi dalam kita tidak sedar atau tidak kita telah mengamalkan autokrasi. Kenapa?



Sebab kita tidak boleh terima kenyataan bahawa kita adalah manusia tidak sempurna. Itu adalah hakikatnya. Mungkin latarbelakang keluarga dan latarbelakang agama kita adalah berbeza tetapi adakah ianya menyebabkan kita tidak boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain? Kenapa? BETAPA besarnya ego kita... nauzubillahhimzaliQ
Sempurnanya manusia adalah kehendak Yang Maha Pencipta, Dia adalah segala-galanya. Apa salahnya kita bermusyawarah sekiranya membuat sesuatu? adakah kita perlu boikot sekiranya kita tidak suka cara orang lain tanpa kita sedari kita telah menyusahkan organisasi.

Saya teringat kata-kata sahabat saya pada malam tadi. Beliau berkata "setiap apa yang kita ingin buat perlulah disertakan dengan niat dan niat itu mestilah ikhlas dan amanah tidak kiralah samaada kita berjawatan apa sekalipun sama ada bos atau orang bawahan." Kata-kata beliau membuatkan saya bersemangat bahawa walaupun tidak ramai yang ada dan ada sesetengah manusia yang memboikotnya saya tetap akan buat bersama-sama dengan sahabat lain tidak kiralah saya dikategorikan sebagai pengikut setia ataupun pengikut sejati...


Sekurangnya kita tidak menjadi manusia Nihil

Rabu, 18 Mei 2011

BINABBIL HUDA



Sedap alunannya,,,hurmm,,, tenang bila dengar kalimah allah
Related Posts with Thumbnails