Khamis, 2 Disember 2010

BAIT-BAIT CINTA PERTAMAKU


Kali pertama aku melihatmu
Aku sudah tahu rentak hatiku
Nada melankolik aku sudah menjawabnya
Siapa yang telah membuka hatiku
Wajahmu berlegar dalam nebula oblongataku
Melepasi kornea penglihatanku
Mengiringi mimpi fantasiku
Aku tidak tahu mengapa ianya berlaku
Asalnya kamu dinafikan oleh jasadku
Roh meyakinkan bahawa kaulah primadonaku
Aku tidak mahu menjadi kiasu
Tapi hati aku disokong oleh jiwaku
Sama-sama setuju
Yang kau adalah bait-bait cinta pertamaku
Yakinkan aku
Bahawa, aku berada dalam wilayah cintamu…


Kesetiaan menjadi sandaran
Ketulusan menjadi bentengan
Kejujuran mengharmoni percintaan


11Disember 2008
khamis
12.02 pagi

Rabu, 1 Disember 2010

BASAH DI BUMI TANJUNG MALIM

Hari ini kami team AT23 (sebahagian) berkalut dengan persiapan BBQ malam ni..

Kali ini, rempah BBQ ayam, geng lelaki yang buat,,,hahaah





"Tiba-tiba Hujan Lebat"
Nak dipendekkan cerita, kiteorang blend rempah dengan pengisar terlebih muatan....haha,, ape lagi,, kluar asap la der,,,hahaha. Nasib baik tak terbakar...ayya,,, lau tidak,, kecoh la Kolej Ungku Omar...hu3


Tiba-tiba je hujan lebat, blender plak buat hal tp terpaksa pergi baiki lau tidak tak dapat ak kisar rempah...hu3.

Aku ngan Izrul Faiz pergi ke Pekan Tanjung Malim untuk cari kedai yang dapat baiki motor pengisar tu. Cari punya cari tak jumpa gak, last-last kami bajet kena beli yang lain la..

Tinjau-tinjau cikit yang mana murah (ada kot,,hu3), bila dah tersangat nak comfirm  nak beli, terdetik hati aku nak cuba sekali lagi pengisar tu, kot-kot boleh guna lagi.


pengisar ni la yang buat aku kebasahan kat bumi Tanjung Malim


Aku pun acu cuba try test ( versi kelantan ), tetibe je motor pengisar berfungsi macam biasa.
Ya Allah,,!! Selamat duit aku ngan izrul sebanyak RM60 
( betapa besarnya harga duit tu bagi kami sebagai pelajar),,,,hahaha

Blender baru = Cancel,,,!!

hahahahahahahhahaahahah

p/s : malam ni BBQ konfem jadi,,,ahah

INDAHNYA KATA MENYEDARKAN KITA

Salam kepada sahabat blogger, motivasi amat perlu dalam diri kita, secara langsung ianya membimbing kita untuk memahami diri kita yang sebenar dan mengasuh diri kita supaya tabah menghadapi realiti kehidupan. Entri kali ini, ambo ingin mengajak sahabat sekalian membaca sedikit kata-kata perangsang yang ambo cari untuk dikongsi bersama.
Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.


Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus


Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius


Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo


Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze


Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse


Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson


Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille



Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab



Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu



Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius



Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.


p/s : diharap perkongsian ini, memberi sedikit semangat kepada kita untuk sedar, siapa kita sebenarnya..
Related Posts with Thumbnails