Khamis, 9 Oktober 2014

NAFAS BIASA

 

Hampir setahun tidak berada dalam kebiasaan. Kesibukan barangkali...
Sibuk atas perkara apapun aku tidak pasti... Hari dan semalam dalam bulan ini dan bulan-bulan sebelumnya tidak banyak beza. Melalui hari-hari dengan nafas yang biasa.

Membina karakter yang pada dasarnya sedikit payah tapi akan cuba memastikan yang terbaik walaupun sekelumit. Nama aku Wan Mohammad... Boleh panggil aku Che Mat ataupun Wan... Berasal dari kampung pinggir bandar di salah sebuah daerah di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Mula bertitik tolak membawa diri sepenuhnya ke Bumi Mualim atau lebih dikenali sebagai Tanjong Malim sejak 2010. Ia merupakan sebuah pekan koboi dihujung negeri Perak bersempadan dengan negeri Selangor.

Sudah lama tidak serius dalam alam blogger. Ada kisah yang mahu dikongsi. Ada cerita yang mahu ditulis disini. NARSIS. sebuah epilog cerpen yang tidak selesai sepenuhnya tetapi akan diperhalusi semula satu persatu. Doakan ia menemui jalan penyelesaian yang terbaik... 15 Cerpen bakal bermula...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails