Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin
penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu
selama 1 minit, otak anda akan segera mengecam bahawa lampu menyala sepanjang
hari dan produksi zat melatonin akan menurun”.
Jumlah kanak-kanak penghidap leukimia juga naik menjadi dua
kali ganda dalam tempoh 40 tahun terakhir. Sekitar 500 kanak-kanak bawah 15
tahun di diagnosis menderita penyakit ini setahun dan sekitar 100 orang telah
pun meninggal dunia.
Sebuah persidangan tentang kanak-kanak yang menderita akibat
leukimia telah diadakan di London turut menyatakan bahawa orang yang menderita
kerana kanser adalah akibat terlalu lama terdedah pada lampu sewaktu tidur pada
waktu malam berbanding dengan mereka yang tidak pernah memakai lampu sewaktu
tidur.
Hal ini dikatakan memberi tekanan kepada produksi melatonin
di dalam badan dimana normalnya berlaku antara jam 9 malam sehingga jam 8 pagi.
Penelitian sebelum ini telah menunjukkan bahawa golongan yang paling mudah
diserang adalah para pekerja shift malam yang memiliki risiko untuk terkena
kanser payudara (pekerja wanita).
Pada kenyataannya, orang-orang buta tiada masalah terhadap
proses melatonin dalam diri mereka dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk
mengidap kanser. Bagi ibu bapa, mereka disarankan untuk menggunakan mentol
lampu yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada
kegelapan.
p/s: baru tahu, kalau tidur pasang lampu ada bahaya yang
tersembunyi =,='