Jam menunjukkan pukul 4:08AM, bertarikh 01/01/2012. Tak payah nak gembira sangat bila masuk tahun baru. 06/01/2012 n 10/01/2012 ni ada final exam. Berhappy new yearlah kau dengan nota-nota dan kertas-kertas yang dipenuhi fakta dan persoalan.
Aku bersyukur di saat aku tersungkur pada 2011, ada insan yang sanggup membimbing aku sampai ke tahap yang aku sendiri tidak percaya aku pun boleh berada di tahap ini. Aku bangga dengan diri aku. Dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas keikhlasan hati beliau dan mereka semua.
Di saat orang lain meraikan tahun baru, aku di bilik kawan aku untuk menyiapkan asignment yang tertunggak. Sekadar wasilah. Segala ketentuan hanya dengan kehendakNya. Harap esok aku bisa lagi menghirup udara segar 2012 dan melihat sinar mentari 2012. Walaupun tahun dan berganjak ke hadapan, tapi usiaku tetap 22 tahun sebab belum sampai di tarikh kelahiranku. Alam 20-an ini memang amat perlu berkira-kira dengan usia. Tapi first impression, orang akan cakap aku ni dah berumur 26 tahun,,,kekadang tergelak jugak sebab muka aku ayah-ayah sangat...ahah. Sebenarnya aku masih lagi memilih untuk single walaupun kawan-kawan lain ada dah couple, yang dah mendirikan rumah tangga dan dah jadi bapa. Biarkan. Itu rezeki dan kebahagiaan mereka. Semoga keinginan dan kemahuan mereka tercapai. Kekadang, ada y cuba laga2 kan aku dengan kwn perempuan y lain. Its mean laga2 bukan gaduh tau,,hahaha. Suh aku couple la,, tp ntah la... perasaan nk couple tu belum sampai lagi kot. Kalau ada kawan cuba buat macam nie, aku layan je la,,,ahaha
Pelbagai cabaran kita akan tempuhi, sekarang yang masih hangat di kampus adalah isu Adam Adli + Politik Luar + kerenah mahasiswa dan bermacam lagi. Soal ini, kena tanya empunya badan la yer, antara kesenangan untuk belajar dan menamatkan pengajian dengan cemerlang atau sekadar menjadi titik hitam yang merosakkan cerita sebenar kita belajar disini.
Mati semakin hampir. Kiamat semakin dekat. Aku harap iman kita semua masih lagi teguh dan tidak bergoyang. Pabila berada di saat kebuntuan, berselawatlah dan ucaplah kata-kata istighfar. Semoga landasan kita kembali lurus dan tidak menjurus ke kancah hina. Kepada yang sedang bercouple, kahwin lah cepat. Jangan risaukan kewangan. Allah ada pasti membantu niat murni kalian semua. Yang penting, hindari dosa dan maksiat yang sekarang makin bersepah merata.
Akhir sekali, jaga akhlak. Jaga tingkah laku. Jaga kata-kata. Jangan berbangga dengan dosa yang anda lakukan. Jangan takabbur. Jangan sombong. Jangan sesekali berbangga jika anda berjaya berubah menjadi jahat dan liar. Sesungguhnya itu bukan pilihan tepat. Semoga berjaya.
Pesanan untuk diri sendiri dan teman-teman yang disayangi.
SEMOGA TERUS SUKSES UNTUK TEMAN2 SEPERJUANGAN
Sekian terima kasih.
entry terbaik di pg hari.
BalasPadamhahahhhah,,, ek ek ek? tetibe je kan
BalasPadam