Jumaat, 30 Disember 2011

MENGAWALI DARI MATA


Terlihat disudut tepi.
Mata yang begitu bias berhias lekat berkaca.
Mata yang ketika tertutup menampakkan senyum tanpa sapa.
Dan mata yang ketika terbuka membuatku diam merunduk malu.

Jika mata adalah tepi,
Seketika itu aku akan bersembunyi hingga tepi berjuta pandang tak kan
Melihat aku bersembunyi.
Ingin sekali beranjak kemudian berjalan hingga tengah, lalu menyapa tepi.
Namun rasa takut itu tak kunjung memberani.
Aku hanya tanggap menyampaikan salam sapa melalui  udara.
awal dari niat menuju tindak.
aku akan menghampirinya,
tak peduli walau tepi menjauh atau baik kian mendekat.
Hingga nanti akan tetap menjadi waktu.

Biar lah,dengan ini aku dapat mencintai hari,
hingga aku mencintai setiap hari kerananya.

Khamis, 29 Disember 2011

NAK PEGI SANGAT KAN?.... AMEKAW,,,HAHA

Dah 2 hari nak pegi, pastu asyik cancel je,,,,
Petang nie maka makbullah hajat dihati,,,hahahaha,,, ----> wait wait..!! ape sebenarnye nie?


LOL.. pegi mandi kat Sungai Samak laa.....haahha.. malas nak taip panjang... so,, view2 la yer,,,huhuh

Siapakah beliau....keh3

Lunch tepi sungai,,yam yam yam,,,hahah

Buaya kah itu.............???

2jam kemudian datang segerombolan....haahh... 

Aksi ape ntah..

Kononnyer,,,huhu

ALamak.... nak jatuh,,,,!!!

Dan kemudiannya Daeng Pelangi pun jatuh,,,hahaah

haahahaaah...........

Dengan poyonyerr,,,,aah

Yang nie pom same,,,,huhuh

xda Qheja............ tatau mende,,,,ahahah

Skali lagi percubaan Daeng PElangi...........haha

sikit lagi,,,,,!!

Eh.....ehh.... ehhh........

Hanyut............

Tetibe nak shooot nature,,,huhuu

Ok,, yg nie dh bab laen...

A'a... bab lipat melipat,,,,huhuhu

ALamak,,,, makhluk apakah itu?



hahahahahaa...tu je utk petang nie,,, sekali lagi terisi tanpa benda alah nie..


hihihiiiiiiii



*minggu-minggu study week memang diisi dengan program sebegini, mengeratkan hubungan silaturahim dengan jayanya......... ISU-ISU laen TOLAK TEPI....aahhaah

SEPETANG DI RUMAH PROF ZACK...

Hye Sume...
Petang tadi bajet nak pegi mandi kat Sg. Samak. tup tup... Anuar suh aku temankan dia pegi umah Prof Zack.
Ngat watpe, upenyer suh cat meja. Hadhoii,,,,ahah

Al-kisahnyeww macam nie,, pagi tadi anuar baru je sampai ke Tanjong Malim dari umahnya di Bachok. Kul 10 pagi Prof call,,,, alah,, korang byangkan lew,, cuti study weekkan,,, gamaknyer tidur la sblah pagi,,,,ahahha

So, tengah hari lepas kami lunch, Prof Zack call skali lagi. Mulanya anuar je yang kena pegi, skali aku jugak yg diajaknyew,,, nak mandi-manda kat sungai samak terus cancel petang tu,,,huk4.

Siapa Prof Zack? owh.. lupa, nama dia Prof. Zakaria bin Ali... student seni UPSI kompem kenalnye,,,hi4
ni haaa gambar dia..

 Untuk 2 hari nie dia cuti sebab kurang sihat, sebab tu ade kat rumah tu,,,hik4

Dipendekkan cerita ( sebab nak tido dahkan,,,hik3 )... view kitorg punyer kerja amal yer,,,,ahahah. Jangan marah ye Prof.... Khidmat Masyarakat la kononnyer,,,,ahhaaahh.

Jom.. view kami punyer foto...

first sampai,, sapu sampah dulu erkk,,,,ahahha.

kuat punya skru, sampai nuar amek gmbar pom begegar,,,ahha,,, ( jgn marah ye nuar erkkk )

ni hanya lakonan semata-mata....

ha,, yang nie bru betul kikir bahagian tepi meja...kih4

yang pom lakonan semata-mata,,,,hahahahaa,, xde la,,,

sebab kami tengah mengecat, Prof Zack tolong amek gambar,,,hu4

 tengok punyer Prof Zack shoot,,,huk3

Prof Zack shoot lagi,,,,,ahahah

dan lagi kami di shoot,,,,kih4

sejam kemudian,, setel keje,,,,hu4

Prof Zack tengah buat penilaian, nuar kat tepi tengah kipas Prof Zack,, 
suh kasi A+  utk subjek Estetik,,,haha

Ngat dapat A+,,, upenyer dapat pisang goreng n tea'o suam,,,hihih ( gurau je )

Relax2 shoot foto....hu4

Nak jugak.........huh

Alamak,,, kantoi,,,,haha


Dan inilah hasilnya untuk petang nie,,,,,

Balik kolej terus tido,, bapak ahhh,,,,,ahahha,,,, Apepom,, xtvt petang nie terisi jugak,, xde la ngadap benda alah tu slalu kan,,, Ape benda alah tu? 



nie la benda alah tu,,,,hahahahaha

Ok,, tu je untuk malam nie,,, chill out,,, bubye (^__^)



*Asgmt 2 lagi sedang KIV,,,,ahaha



Selasa, 27 Disember 2011

TUTUP BUKU...

4 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baharu (ikut kalendar orang kafir)...
Bermacam kisah sepanjang tahun 2011 menggamit memori... kalau manis kisahnya sudah pasti senyum tak sudah bukan. Andai pahit, kekadang mahu juga mencari dimana silapnya.

Pada 1 Januari lepas, saya ada mencatat sedikit perkongsian <------- klik.
Satu Perjalanan yang semakin jauh. Untuk kita berusaha menjadi orang dewasa. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ada orang yang dapat tempuhinya dan ada yang tidak, kerana faham atau tidak kita adalah tidak sama walaupun kita adalah manusia.


Aku suka melihat video ini,, ianya memberikan satu inspirasi kepada diri. Semangat, kehendak, kemahuan, keinginan semua kita mahu capai. Tapi sedar atau tidak, kita sebenarnya memerlukan keyakinan. ITulah atitude kita.

"Kamu tidak layak menjadi guru...!!"

November 2010 tercatat dialog ini. kata-katanya masih terngia-ngia di telinga aku. Aku sememangnya tidak faham akan perangai pensyarah berkenaan, tapi sekurang-kurangnya aku menjadikan kata-kata itu sebagai semangat untuk diri aku. Semangat yang perlu ada perlu kuat, baharulah ianya menjadi kenyataan,,,haahha

Adakalanya aku hilang semangat, semacam redha akan ketentuan tapi takkanlah nak redha je kan,,,,ahahaah,,,, Think positive rite?? (^__^)

Sekarang minggu study week, 
Walau asignment masih mendampingi,
Tapi hati sedikit tenang,,, semacam satu kepuasan
Cumanya, bagaimana aku mahu tafsir tidak jelas penghayatannya...
Cukup sekadar aku cakap ianya sangat tenang.
Dengan suasana kolej yang damai, angin menghembus lembut dari luar tingkap
memancarkan perasaan yang indah...

Semalam, angin kuat melanda bumi Tanjong Malim
Hampir dua malam cuaca menyeramkan
semacam musibah melanda...
Ketentuan illahi semakin hampir bukan?
Andai bencana melanda,
Bersediakah diri ini...

Duniawi ada penghujungnya
akhirat nanti tiada terhitung...
Percaturan yang nampak mudah tapi kesannya cukup gundah...

..........................chill out...............................................haahaa

Sabtu, 24 Disember 2011

RECALL THE TIME #1

Hari terakhir untuk kuliah sem 3...
Setahun setengah sudah aku berada di Universiti PEndidikan Sultan Idris. Kisah2 yang bermacam telah pun disimpan elok dalam memori. Malam nie entry ape ntah aku nak isi...hahaha

Malam nie aku nak recall back my memory.. its all about who behind me when i feel i down....
Mungkin korang pom same kan,,? Setiap kekuatan kita mempunyai tahapnya yang berbeza. Dan pada masa yang sama kita juga akan merasakan tidak mampu untuk bertahan. Tapi percayalah, mereka-mereka inilah (sahabat2 anda) yang sentiasa dekat dengan anda tatkala ibubapa tiada didepan mata.

HAIZAL YAHAYA
siapa dia? Dia merupakan senior aku. Baru je grad mase bulan 7 baru2 ni. aku kenal dia mase tu dia dah sem 7 dan aku sem 1....jauhkan,,,. Dia banyak membantu aku dalam banyak perkara. Sorang yg baik dan sentiasa beri aku nasihat dan semangat. Apa yang seronoknya, Abg Hezal ni adalah yang mula2 skali mencetus konflik antara aku dgn pensyarah aku ( lagipun pensyarah aku tu memang perangai teruk dan ngada2kan,,,haahah ). Tapi sedar atau tidak, Abg Hezal jugalah membuatkan aku berterima kasih banyak2 kepada dia, kerana dia membuatkan aku perlu hadapi banyak perkara yang adakalanya tidak mampu untuk dijangka.. (^__^) Terima Kasih Daun Keladi...

*gambar masa Kem di Lubuk Kawah




*bersambung...

Rabu, 21 Disember 2011

MELEWATI MASA...

Berjalan-jalan melewati waktu-waktu hidup ini.


Asalam kawan-kawan blogger. Rasanya semester ini amat jarang sekali ( penggunaan ayat lewah) aku mengupdate blog. Jari jemari hanya bergerak2 pada papan keyboard dan sekadar taip komen2 di FB sahaja. hurmmm,,,,,

Tinggal 2hari lagi untuk mengakhiri minggu kuliah dalam semester 3. Sedar atau tidak aku semakin menjejak dewasa ( katanya Amir Batrisya ). Banyak perkara yang dirancang tidak berapa nak menjadi bahkan yang lain pula terjadi...hahaha.


“(Dia) yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia yang Maha Perkasa dan Maha Pengampun.” (Al-Mulk: 2)


“Jom kita enjoy dulu, hidup ni cuma sekali ja.” “Masa muda cuma datang sekali, bila lagi kita nak berseronok?” Boleh jadi anda pernah terdengar percakapan seperti ini diucapkan, kebiasaannya oleh golongan muda remaja. Mengikut pemikiran biasa, rugilah sekiranya seseorang remaja menghabiskan umurnya tanpa merasai apa yang selalu diistilahkan sebagai “enjoy”, “relax”, dan “fun”. Malah bagi orang dewasa sekalipun ada kalanya berasa tidak puas dan selalu terfikir untuk mencari keseronokan-keseronokan yang baru, sebab “hidup ni cuma sekali, bila lagi nak merasa?”


Bagaimana anda fikir situasi ini? tepuk dada tanya selera bukan..?
Aku ni entah la apa yang mahu dibicarakan.
Antara hati dan perasaan.
Antara maruah dan pengorbanan.
Antara kehidupan dan kematian.
Bercampur baur.


Masa kian pantas berlalu. Dalam kelipan mata yang sempurna, sudah satu tahun setengah aku berada di alam universiti. Banyak kisah cerita suka dan duka. Terlalu banyak ( banyak kerr,,,ahahha). Dalam masa itu, aku cuba mencari waktu-waktu berkualiti aku. Cuba mencari waktu-waktu yang optimum untuk diri aku tetapi pencarian itu seakan-akan hampa.


Ya..betul, kita bukan insan sempurna dan tidak semua yang kita terima itu adalah manis2 belaka... (^__^)
Kali ini aku mahu berlari lagi, berlari dalam laluan aku sendiri.

Aku sayang kat kawan2 aku tapi nadanya sedikit sumbang tapi masih sedap untuk didengar.

Apapun aku yakin dan percaya dengan apa yang tertulis olehNya...
Aku ini hamba yang lemah...

Mungkin terlalu mencari jawapan untuk ketenangan hati membuatkan kita berfikir macam-macam hal.. sedangkan kita boleh melaluinya dengan ssebaik mungkin... ( pesanan untuk diri dan teman2 )

Khamis, 8 Disember 2011

INTERIOR DESIGN

Minggu ke 12 baru nak pupuk minat,,?? Alahai
Tinggal 2 minggu je lagi nak tamat sem 3,,,,huhu,,, Semangat gilerr ahh kali ni,,, aku mengadap laptop dari jam 12 tengahari sampai jam 12 malam ( berenti p kuliah sat jam 2-4).

Mengadap sebab ape? nie haa...


ni dipanggil Interior Design...huhu. Aku guna software Google Sketchup. Pakai yang free,,, tu je yang mampu,,,hu3.

Dan ini plannya 


Dan ianya bakal dibangunkan menggunakan Multiboard...hu4.
Ok,, tu je,,,,

Rabu, 7 Disember 2011

TAKE TIME...

Hujung-hujung sem nie rasa stress sangat-sangat...!!
Tak tahan dah akal nie,, adakah masih mampu bertahan. Asignment seperti menyerbu dan menerkam aku,,
Arghhh...

Kalau semua asignment boleh bercakap, mesti dikatanya,,, WOI,,!! CEPAT SIAPKAN AKU...
alamak,,,,takooottt....
Tu la kan,, wat sikit-sikit tapi tak tumpu, tengok la ape jadi skrang nie,,,,sabar je la,,,

------------------------------

Kepada Sahabat2 Seketariat Karnival Keusahawanan, saya mohon maaf sebab tidak mampu lagi untuk beri komitmen sebagai PP Aktiviti, saya terlalu sayangkan asignment saya berbanding Karnival Keusahawanan. (Dulu dah mohon tarik diri daripada sertainya tapi tidak dipersetujui kawan2 seangkatan, sekarang saya merana seorang diri, dah la memang jenis tak pandai nak bahagi masa pastu sebok plak nak join aktiviti segala bagai,,, SEKARANG? Amekaw,,, padan muka,,,!!)



Dalam nada biasa saya berharap ada yang faham bahawan asignment pendidikan seni bukan seperti membuat esei, yang boleh lepak dengan kawan-kawan dan bincang. ( lebih-lebih plak aku nie... ye la,, kalau tak bagi tau nanti salah faham pulak ).

Saya mempunyai 4 Studio yang masih belum selesai. Setakat ini saya telah buat separuh-separuh. Dalam tempoh 2 minggu ini saya perlu settle kerja saya. Katalah apa yang nak kata, janji asignment saya siap....


k.. tu je,,, bubye

Ahad, 4 Disember 2011

KERANA KITA ... SEBENARNYA BUKAN BEGITU



Lama tak meninggalkan jejak disini...

Kekadang kita semacam tidak bahagia dengan hidup kita? Saya yakin anda pernah merasainya bukan?
Sekadar berjalan dalam kehidupan dan laluan dengan senyuman.. wahh,,, sangat yakin....hu4.
Sehingga saat ini, ramai yang melihat saya bergerak dengan yakin kekadang penat, orang boleh kata saya seorang yang tabah...!!

Sedar atau tidak, gelagat dan keyakinan palsu saya telah menjadi idola kepada 2 orang kawan yang tidak rapat dengan saya... apa yang telah berlaku? Dalam tidak sedar saya telah memotivasikan semangat orang lain dan bukan semangat untuk diri saya...

Kenapa saya tidak menjadi seperti mereka...? Berusaha untuk berada dalam situasi yang sepatutnya...
Kawan saya amir telah menghantar mesej kepada saya. 

kadang-kadang kita fikir hidup ini indah. Tapi cabaran dan dugaan yang datang menguji hakikatnya perit dan payah untuk kita telan. Kutip sebanyak mungkin pengalaman hidup dan masa muda ini agar nanti kita menjadi insan yang kuat dan hebat.. Positif dengan hidup dan terimalah kekurangan diri dan kritikan orang agar kita lebih berjaya kerana sememangnya hidup ini anugerah yang tak ternilai. Pahit manis jatuh bangun menang kalah itu adalah warna warni yang mendewasakan kita sebenarnya...

Dan dalam keadaan sedar dan tidak sedar, saya sedang melaluinya. Itulah laluan yang saya pilih, dalam keadaan memaksa saya mengharapkan suatu hari nanti saya akan berubah dan saya nak berubah kearah yang lebih baik. 

Saya telah terbiasa untuk melalui hidup dengan kawan ataupun tanpa kawan...
Maknanya saya tidak kisah berada dalam skop yang bagaimana tetapi ada pada tahapnya. (^__^).
Setakat ini, saya masih seperti biasa....
Melalui drama-drama-Nya yang sudah menentukan episod saya dimana dan bagaimana.
Kekadang saya tak faham kenapa tetapi saya terpaksa faham akan ketentuanNya.

*Belajar untuk hidup bermaruah...
Related Posts with Thumbnails