Khamis, 3 Februari 2011

SEDARLAH BAHAWA IANYA BUKAN MAINAN..


“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (pemerintah) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Khadam (orang gaji) adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu.” (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)
Bukan mudah menjadi pemimpin. Kelak akan dipertanggungjawabkan atas segala yang dipimpinnya. Setiap salahlaku dan perkara tidak syarak yang berlaku di bawah kepimpinannya, maka sang pemimpinlah yang akan bersama-sama menanggungnya.
Pemimpin bukanlah suatu jawatan yang perlu direbut-rebutkan dan dibangga-banggakan; sebaliknya ia perlu diinsafi dan digeruni akan tanggungjawab besar yang menanti.
Daripada Abu Musa r.a. katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah! Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails