Sabtu, 1 Januari 2011
SATU PERJALANAN YANG SEMAKIN JAUH
"Alhamdulillah,,syukur kehadrat ilahi, ambo masih berkesempatan untuk melangkah ke tahun yang seterusnya iaitu 2011.
Sahabat sekalian, perjalanan kita semakin lama semakin jauh. Tika ini, kekuatan iman dan ketulusan hati yang berjalan diatas landasan yang akan menzahirkan kita sebagai manusia.
Syukur kepada Allah, jika waktu dulu kita pernah menyesali apa yang telah terjadi tapi hari ini, kita perlu faham ketentuan ilahi. Coretan yang tertulis ini adalah luahan diri dalam perjalanan meninggalkan masa-masa yang berlalu tetapi mencatat segala kesilapan supaya ianya menjadi pedoman..kekalkan ia sebagai penanda aras kepada kita supaya kita faham yang kita akan berubah dan menjadi matang.
Sahabat sekalian,
saya mengimpikan sebuah kehidupan yang sederhana tapi aman,
saya megimpikan sahabat yang faham erti kehidupan dan memahami antara keperluan dan kehendak,
penat lelah ibu ayah membanting tulang mencari rezeki dibalas dengan kebaikan akhlak yang berterusan.
Semoga perjalanan 2011 akan membawa kita kepada kesejahteraan dan kerahmatan dari Maha Pencipta.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
matt~~smg thun niyh lbiyh brmkner...
BalasPadammacm tu la hendaknyer,,,hu3
BalasPadaminsyAllah~~:)
BalasPadamAmin!!
BalasPadam