Nanti kalau ada masa saya nak bercerita :-
tentang zaman belajar saya dibenci, dipukul, dibuli oleh
segelintir rakan sebab baik dengan cikgu, sebab selalu duduk depan dalam kelas,
suka tanya soalan dsbg.
tentang zaman awal saya kerja makan gaji di kutuk, dibuli,
di pukul oleh rakan sepejabat hanya kerana saya baik dengan bos, outperform
achieve target setiap bulan, naik pangkat cepat dsbg.
tentang zaman saya mula2 belajar nak jadi usahawan, dipujuk
untuk berhenti kerja oleh kawan baik dengan tawaran kerja lagi tinggi jawatan
lagi best ... yg akhirnya bos yg tak bayar gaji sampai kereta saya nak di
tarik, makan 3 hri sekali, 3 bulan tanpa sesen duit, saya ambil duit jualan
syarikat untuk beli nasik tapi dikata pecah amanah walhal gaji sayapun tak di
bayar 3 bulan lebih ...
tentang hari ni musuh2 zaman sekolah dan zaman dulu2 tu
masih lagi menfitnah saya macam-macam ... masih tak puas hati ...
tentang orang kita tak suka tengok orang lain berjaya
tentang orang kita tak suka dampingi orang yg berjaya
tentang orang kita tak suka tengok orang lain di atas
tentang orang kita yang mudah percayakan fitnah
tentang orang kita yang tak boleh nilai peribadi seseorang
tentang orang kita yang buta hati yang mana hak dan batil
tentang orang kita kuat dengkinya
tentang orang kita yang susah nak maju
tentang banyak perkara ...
Kerana terlalu lama saya diamkan diri tidak menjawab
Mungkin dulu kita sangat miskin untuk menjawab
dah abah selalu pesan ...
biarlahhh ... biar Allah balas katanya ... wink emoticon
Rupa2nya semua orang2 yang hebat2 juga melalui fitnah dan
ugutan seperti ni ...
Semoga saya dan tuan2 sentiasa Allah selamatkan
dari fitnah orang2 fasik seperti ini ... di berikan kekuatan
dan kesabaran yg tinggi serta istiqamah dalam perjuangan ...
Wallahu'alam