Jangan bersedih pada kebahagiaan yang telah pergi kerana
kebahagiaan yang akan datang lebih setia menanti jika kita jujur dalam
kehidupan. Dan ikhlaslah bersahabat kerana Allah SWT.
Kali ni aku begitu bermood nak berstory pasal wayang, biasanya jarang ataupun xpernah sebenarnya aku nak bercerita pasal wayang yang aku tengok tambah-tambah cerita melayu...haha.. poyo dak? tak dak aihh... aku saja ja....
"Bebal betul budak-budak ni.. skali aku marah, skali diorng diam.." bisik aku dalam hati sendiri. Pelajar sekolah sekarang ni makin dahsyat perangai mereka. Aku sendiri tak boleh jangka apa yang mereka nak buat. Pelajar cina lagi satu hal, payah nak jumpa pelajar cina yang hormat cikgu, tambah-tambah kalau cikgu tu orang Melayu. lagi la diorang kurang ajar. Paling aku menyirap bila diorang berkumpul sesama diorang di belakang kelas dan berbual, langsung tak hirau aku kat depan. Ikutkan hati nak je menyumpah tapi sifat sabar tu kuat... kuat gilerrr,,,,
"Amacam..? Ok tak semalam?" tanya Cikgu Kacuma pada aku. "Hurmm... agak la... spoil la cikgu, budak-budak ni buat hal mase pensyarah saya datang. Diorang punya perangai tetiba jadi makin teruk. Memang sengaja ke ape ntah.." balas aku dengan nada yang tidak puas hati. "Awak mengajar kelas mana?" "4 P 4.." aku menjawab ringkas pada pertanyaan cikgu Kacuma. "Ummhhh... budak-budak kelas tu memang... dengan saya sendiri pun sama.. dengan Puan Jeevah lagi la.." "Budak-budak kelas tu degil.... lagi-lagi ada pelawat... besar kepala la jawabnya" kata Cikgu Kacuma.
"Awak guna tak idea saya tadi..?" Sambung Cikgu Kacuma. "Guna..guna sepenuhnya...hahaha, agak nervous la jugak. Semua jadi kelam kabut. Silap saya jugak, tak kreatif, bajet nak buat benda advanced tapi pelajar-pelajarnya hampehh.." mengeluh aku dalam senyum.
Sambung aku lagi, " tapi pensyarah saya tak suka, dia cakap tu perkara lama...", "macam mana ye cikgu,, saya pening ni.. nak cari idea... nak kasi gempak sikit PnP saya untuk seliaan kali kedua nanti..."
Sambil berbual, aku hulurkan pendrive pada Cikgu Kacuma, dalam tu ada lukisan plan lantai Bilik Sukan yang dia suruh buat guna Adobe Illustrator. Cikgu Kacuma masih berdiri di meja sambil menghidupkan suis printer. Bilik Sukan ni pun satu hal, penat cikgu-cikgu praktikal mencantikkan kawasan bersempena Pertandingan Bilik Sukan Tercantik peringkat Daerah Klang tapi kepuasan tu ternyata dialami. Eh, macam iklan minuman Revive plak...hhaha
"Alamak, terbalik pulak..." Keluh Cikgu Kacuma pada aku. "Alah, cikgu ni kedekut sangat. Beli la kertas yang tebal, ni duk recycle kertas sijil buat hape...hahahah" Aku perli Cikgu Kacuma
Kami tergelak sebabnya 3 kali kesilapan yang sama..alahai. Kali keempat baru menjadi.
Telefon aku bergetar. mesej dari Cikgu Fadhil, rakan praktikal aku.. ni Cikgu IT.
Fadhil : salam, kelas ke?
Aku : kat bilik sukan..
Fadhil : Watpo Jang?
Aku : Lepak je..hehe
Fadhil : Punoh2. Makan dah ke?
Aku : Dok lagi..huhu
Fadhil : Marilah, kawe ado kat Bilik Guru neh Mari mat, air cendol ado nehh..
Baru aku teringat yang ada jamuan raya di Bilik Guru, aku lihat jam di tangan. 10.55 pagi
"Alamak, ada kelas relief ni..." "A'a.. saya pun ada jugak.." ujar Cikgu Kacuma.
Perbualan kami mengenai budak-budak kelas aku terhenti semasa aku bermesej dengan fadhil. Cikgu Kacuma menyusun soalan-soalan Pendidikan Seni Visual yang baru siap dicetak untuk kegunaan peperiksaan Percubaan SPM yang masih berlangsung sehingga minggu depan.
"Cikgu.. agak-agak ada plan tak untuk PnP saya ni?" sempat aku bertanya sebelum keluar dari Bilik Sukan.
"Haa...nanti kita bincang..Jangan fikir sangat, nanti sambil makan, mane tau tetiba keluar idea." Kata Cikgu Kacuma.
"Hhaahah... iyelah cikgu... Jom pegi makan dulu... " Jawab aku ringkas.
Perbincangan kami putus disitu...
p/s : Cerita mengenai Dr Fauzi terpaksa dipotong....hehehe
~ Bersambung....