Khamis, 20 September 2012

"MENGAPA HAWA TERCIPTA SAAT ADAM TERTIDUR"



Dikatakan bahawa seorang lelaki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Kedokteran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.


Selasa, 4 September 2012

TERUS MELANGKAH

Sedar tak sedar, rupa-rupanya cuti dah hampir habis.... hohoho.. Sejak 2 tahun di UPSI, inilah cuti yang paling lama pernah aku rasai... 2 bulan beb,, skali lagi aku mention... 2 BULAN BEB.....!! hahahah

~cuti xkerja, tanam anggur kat umah~ ( bunyi cengkerik )

Ahad, 2 September 2012

RESPON BLOGGER PERTIKAI KERJAYA GURU

Rasanya kecoh kot dengan seorang blogger yang pertikaikan kerjaya guru. Macam-macam respon yang aku baca dari pelbagai blog dan respon blogger yang lain terhadap Cik/Puan Liyana Adnan neh.... Aku pun menyirapkan baca entri dia nehh... Bukan apa, buat entri tu ikut sedap mulut kadang-kala memang binasa la kan.... Bila baca tuh semacam ade something wrong yg xkena pada beliau...hoho.... selamat membaca

Entri ni dah lama sebenarnya, bertarikh 28 November 2011...

so, aku kongsi la entri beliau dan respon yang agak la boleh diterima...


nehh adelah blog Cik/Puan Liyana tu... aku pun naek heran gak, kenape dia
tak puas hati dengan Cikgu, mungkin dulu dia ade problem ngan cikgu kot... (=

So, link ini adalah respon terhadap entri si Cik/Puan Liyana nehh :

http://cikgucakk.blogspot.com/2012/09/ya-memang-untung-jadi-cikgu-menjawab.html

...baca dan rumuskan pada diri sendiri... (=
Related Posts with Thumbnails