Khamis, 29 September 2011

Tanah Acuan Kita : Dah siap 30%

Nampak gayanya tangan memang comot,,,hahaha tapi seronok. Alahai tanah liat punya hal...haha
Dalam diam, dan 3 minggu kuliah bermula. Ada 11 minggu lagi.
Studio berjalan dengan lancar, ye la,, mane xlancarnye, hari-hari ke studio tembikar,,,,ce ce ce,,,,, dan hari nie baru aku bawak Nikonia aku tu,,,,hu3,,,,sempat shoot dan yang pasti juga di shoot,,,,hahaah

Daun tu produk kedua aku, yang sebelum ni aku dah buat 1 set mangkuk dengan 3 saiz yang berbeza, sejuk tau pegang tanah liat nie,,,buat tembikar nie sedikit menguji kesabaran,,sebab?
kalau xsabar, kita takkan dapat hasil yang kita nak.... so,, banyakkan bersabar,,,hu3,,,
nie kawan aku, FB Tekad Berjaya. Setiap masa mesti kena boncengkan  dia p studio,,,,hahah,,


dan nie gambar random kawan2 ambo yang lain yang turut ambil studio tembikar,,,


Ini baru satu studio, untuk sem ni, ambo ado 3 lagi studio yang masih dalam proses dan belum membuat gerak kerja iaitu Kayu Halus, Catan dan Rekabentuk Hiasan Dalaman,,,


Mesti meriah punya sem nie,,,,hahahaah,,,, 
Ok,,tu je untuk malam nie,,teruskan bersama Art Of Motion,,,,,,,,,,,,,,

Isnin, 26 September 2011

Tanah Acuan Kita

ASK3042

Dengan Kod ini aku menerimanya?

Apa tu?

Studio Asas Tembikar.....



Ooooo....

Alhamdulillah, perjalanan baharu akan bermula. Semester ini akan sekali lagi comot dengan medium baharu, 

T.A.N.A.H. L.I.A.T



nampak macam senang je kan,,,uli-uli tanah liat,,haha,,Episod 1 adalah membuat 1 set mangkuk dalam 3 saiz yang berbeza. Pagi tadi baru je siap proses tanah liat untuk bagi lembut sikit dan tidak terlalu lembab. Kalau lembab sangat tak boleh nak guna teknik picit. Teknik Picit? A'a,,,,, pakai tangan je, simple dan mudah,,,, suka tak adik2?,,,ahah

Gambar gerak kerja segala bagai xsempat nak shoot,,,
Cmna nak shoot, tangan berlumpur,,,,rosak DLSR aku,,,,mampoih,,,,haha,,, 
(padahal xbwak kamera pom p studio)

Okeh,,,, 

Semester ini dimulai dengan Studio Tembikar,,,,,nantikan cerita seterusnya,,,,,,,,,,,,,,,

Khamis, 22 September 2011

Aku Bukan Nihil Chapter #5 : Saat Berlari Laju


24 Ogos 2011 
7:32 am

Masa kian berjalan,
Berputar tanpa menunggu sesiapa pun,
Detik kian berlalu,
menghampar seribu peluang,
Dalam hari-hari yang tenang
Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku,
Jam melintas waktu
dari gelap kepada cerah
dari dingin kepada hangat
tiada siapa yang dapat menghalang,
Minit terus meniti,
Dalam ruang masa yang singkat,
Ia masih memanggil kita,
Tetapi siapa dulu yang akan menyahut,
Saat berlari laju,
antara kau,aku dan mereka
Saling berkejar melunaskannya,
Soal Amanah itu milik kita,
Wajib untuk menjaganya,,
~idea dari Allah dikala fajar menyinsing~



----------------------------------------------------------
22 September 2011
1:26 pm

Subuh tersenyum kepada kita,
dalam hati, ada ketika aku tidak sempat "bersalam dengan subuh".
Hanya dapat mengejarnya dari jauh..
Zuhur singgah sekejap untuk menyapa kita,
hurmmm,,,suka sebab sentiasa "berbicara" dengannya.
Asar?
~lepas ni kite jumpe ye,,nk berbicara dengan zohor kejap......

*akan bersambung,,,,,,,,,,,,,,,,

Sabtu, 17 September 2011

Sehari Sebelum Minggu Suaikenal...

Sebuah video pendek mengenai sehari sebelum minggu suaikenal. Merupakan video yang tidak lengkap disebabkan kekurangan masa yang pada ketika itu masing-masing terlalu sibuk dengan sesi pendaftaran. Ini bermakna, video sehari sebelum hari kejadian sahaja yang dapat disiapkan. Saksikan...

Apabila kisah itu berlalu

Sebuah Puisi yang di catat oleh ambo sendiri (^__^)

Kisah Senyum...

Salam Sahabat blogger...
Entri kali ini ambo ingin berkongsi mengenai seorang hamba Allah yang bagi ambo begitu unik. Dalam usia yang muda setahun dari ambo, beliau begitu berbeza. Perwatakannya yang sederhana biasa yang pada awalnya ambo sendiri tidak kenal siapa dia sebenarnya.

Ambo mengenalinya semasa menjadi Sekretariat Minggu Suaikenal (SMS) untuk mahasiswa ambilan Disember 2010/2011. Ketika itu ambo berada dalam sekretariat Penerbitan & Informasi dan beliau dalam Sekretariat Latihan dalam Kumpulan (LDK)

Kenapa ambo menulis mengenai diri beliau?
Kerana ambo menganggapnya seseorang yang begitu matang dalam usia yang hijau. Mungkin kerana beliau adalah bakal Cikgu Kaunseling, jadi tidak hairanlah sekiranya, setiap tindakan dan hala tuju yang dirancang begitu tenang dan sempurna.

Siapa beliau?
Berjaket Hitam : beliau ialah Khudree Adha
Pelajar Kaunseling Semester 5
Jabatan Kaunseling di
UPSI

Luang sedikit masa dalam 3 minit sahaja untuk melihat salah satu kelebihan yang mampu menarik minat
para pelajar untuk mendengar dan dalam pada itu pasti ada yang inginkan perubahan.
Juara motivater seluruh IPTA pada semester lepas...

Chapter 1# : Tiba-tiba teringat...

Selagi Langit Masih Biru : Wujudkah Novel ini?


Ambo minat juga menulis. Apa yang dihasilkan adalah penulisan ringkas, rasanya sudah banyak ambo menulis, teringin untuk menghasilkan penulisan kreatif yang panjang dan mewujudkan dalam bentuk novel. Adakah ambo boleh menghasilkannya? Andai takdir wujud buku ini, bagaimana penceritaannya?
Akan ada kah harapan dalam penulisan ini? Yakin dan pasti, masa akan membawa ambo untuk merealisasikan impian ini...
Doakan ambo...

Jumaat, 16 September 2011

21 Nasihat yang Berguna




Anda Adalah Matang jika...


1. Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
2. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Isnin, 5 September 2011

GET READY,,,!!!


Yes,,!!, Segalanya semakin hampir. Cabaran sememangnya sentiasa menanti tetapi bagaimana kehadirannya kita takkan pernah tahu sehingga kita betul-betul mengalaminya.

Adakalanya aku tidak boleh bekerja dalam tekanan tetapi tekanan itulah yang sentiasa aku hadapi. Bagaimana aku nak jelaskan kan pun aku sendiri tak faham, percaturan yang aku pilih dan lalui kadang-kala betul-betul menjengkelkan, biase la, aku kan manusia, thats why la aku tak sempurna....hahaha

Semalam aku dah settle membuat pendaftaran semester (lambat kena bayar,,huhuu). Jadual pun dah tengok dan sangat tak best kuliah masa hari sabtu masih ada,,,hahaa,,kul 11 pulak tu,,, tengah seronok tido kot,,,,hahaha.

Semester ini subjek yang aku ambil adalah :

1. Perkembangan Pendidikan di Malaysia : Falsafah dan Dasar
2. Pengurusun Kokurikulum
3. Guru Bulan Sabit Merah I
4. Major : Tembikar
5. Major : Catan
6. Major : Kayu Halus
7. Major : Rekabentuk Hiasan Dalaman
8. Major : Seni Islam Perbandingan
9. Major : Kreativiti Dalam Seni Visual

Mahu atur sebaik mungkin,,,hahaha,,, entah jalan entah tidak,,,,
Related Posts with Thumbnails