Khamis, 19 Mei 2011

JANGAN JADI NIHIL



Nihil, satu perkataan baharu aku dengar dan baca. Lantas aku merujuk kamus dewan online yang menyatakan bahawa Nihil ialah kosong.

Secara amnya, kosong membawa banyak maksud tetapi hari ini aku membawa penilaian itu dekat kepada manusia. Jika kita memahami nihil pada manusia, banyak yang kita boleh rungkai sampaikan ada satu-satu tempat aku sendiri pun tidak memahaminya.

Semakin dewasa, semakin banyak yang meragukan. Dalam kita tidak sedar banyak perkara yang bertentangan telah kita lakukan. Pangkat, kekayaan dan kesenangan dunia membuatkan kita leka.

Saya lebih suka bercakap bila kita berjawatan, sifat pertama yang kita tidak boleh elak adalah berlagak. Kita merasakan hanya diri kita yang terbaik, hebat dan sempurna. Olahan idealogi kita sahaja yang hebat sehinggakan pendapat orang lain ditolak ketepi bulat-bulat. Kita menyatakan kita adalah demokrasi tetapi dalam kita tidak sedar atau tidak kita telah mengamalkan autokrasi. Kenapa?



Sebab kita tidak boleh terima kenyataan bahawa kita adalah manusia tidak sempurna. Itu adalah hakikatnya. Mungkin latarbelakang keluarga dan latarbelakang agama kita adalah berbeza tetapi adakah ianya menyebabkan kita tidak boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain? Kenapa? BETAPA besarnya ego kita... nauzubillahhimzaliQ
Sempurnanya manusia adalah kehendak Yang Maha Pencipta, Dia adalah segala-galanya. Apa salahnya kita bermusyawarah sekiranya membuat sesuatu? adakah kita perlu boikot sekiranya kita tidak suka cara orang lain tanpa kita sedari kita telah menyusahkan organisasi.

Saya teringat kata-kata sahabat saya pada malam tadi. Beliau berkata "setiap apa yang kita ingin buat perlulah disertakan dengan niat dan niat itu mestilah ikhlas dan amanah tidak kiralah samaada kita berjawatan apa sekalipun sama ada bos atau orang bawahan." Kata-kata beliau membuatkan saya bersemangat bahawa walaupun tidak ramai yang ada dan ada sesetengah manusia yang memboikotnya saya tetap akan buat bersama-sama dengan sahabat lain tidak kiralah saya dikategorikan sebagai pengikut setia ataupun pengikut sejati...


Sekurangnya kita tidak menjadi manusia Nihil

Rabu, 18 Mei 2011

BINABBIL HUDA



Sedap alunannya,,,hurmm,,, tenang bila dengar kalimah allah

Selasa, 17 Mei 2011

KISAH KUBUR BERKATA-KATA

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a) 
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."



Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :- 

1. Hendaklah ia menjaga solatnya 
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :- 

1. Jangan berdusta 
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t..

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.

Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri.

Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.tanbihulghafilin/

DUA FILEM YANG AKU TUNGGU,,,, (^__^)

Sabar menanti dua buah filem yang bakal ditayangkan di pawagam..perghh,,haha
yang terdekat ialah Nurkasih The Movie.. sapa yang minat cite ni angkat tangan mcm saya,,,,hahahha


Dan ini yang aku paling suka,,,huhuhu,,sempat la lepas habis handle minggu suaikenal student diploma nanti,,, (^__^)



jom kite ke pawagam,,!!!huhu

Isnin, 16 Mei 2011

Tema Hari Guru 1990 - 2011

http://www.budakmalaysia.com/2011/05/tema-hari-guru-1990-2011.html


Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!


Mungkin ada yang masih belum tahu kenapa tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru. actually saya pun sudah lupa. tadi menggodek semula, cari kenapa Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun.

Sejarah Sambutan Hari Guru Malaysia.
Pada 16 Mei 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of Education Committe) sebagai dasar pelajaran negara ini. Sejak itu, dokumen yang dikenali sebagai Razak Report itu menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan. lalu tarikh 16 Mei pada setiap tahun dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia.

Saya tidak tahu bila bermulanya Sambutan Hari guru. yang pasti, setiap tahun,Sambutan Hari Guru di Malaysia akan diiringi dengan tema yang menjadi landasan perjuangan warga pendidik negara. ini dia Tema Hari Guru di Malaysiasejak tahun 1990 hingga 2011 :

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2010 Guru Pembina Negara Bangsa

2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara


SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK DI MALAYSIA
Related Posts with Thumbnails