Selasa, 30 November 2010

OKESTRA UPSI KONVOKESYEN SIDANG KE-2 (2010)


Lagu asal : Lenka @ Trouble is a Friend

Case of the Stolen Keys to Tron: Legacy by TGV

poster


“TRON: Legacy” is a 3D high-tech adventure set in a digital world that’s unlike anything ever captured on the big screen. Sam Flynn (Garrett Hedlund), a rebellious 27-year-old, is haunted by the mysterious disappearance of his father Kevin Flynn (Oscar®- and Golden Globe®-winner Jeff Bridges), a man once known as the world’s leading video-game developer. When Sam investigates a strange signal sent from the old Flynn’s Arcade—a signal that could only come from his father—he finds himself pulled into a digital world where Kevin has been trapped for 20 years. With the help of the fearless warrior Quorra (Olivia Wilde), father and son embark on a life-and-death journey across a visually-stunning cyber universe—a universe created by Kevin himself that has become far more advanced with never-before-imagined vehicles, weapons, landscapes and a ruthless villain who will stop at nothing to prevent their escape. Presented in Disney Digital 3D™ and scored by Grammy® Award-winning electronic music duo Daft Punk, “TRON: Legacy” hits U.S. theaters on Dec. 17, 2010, in Disney Digital 3D™ and IMAX® 3D

The link to TGV Cinemas’ Facebook page – www.facebook.com/TGVCinemas

Jumaat, 26 November 2010

SEJARAH KESEDARAN VISUAL di MALAYA #7

Pertubuhan dan Persatuan Seni

Penang Impressionist
Aliran dan gaya impresionisme dari Perancis tersebar di Eropah. Aktiviti luar studio secara berkumpulan jadi teras kepada penubuhan persatuan ini-terdiri daripada isteri-isteri pegawai Kolonial British di Pulau Pinang. Didaftarkan mengikut ordinan No.116 (pertubuhan) Seksyen 5 pada 2 Ogos 1899. Pertubuhan seni pertama di Malaya dan bergiat pada akhir abad ke-19. Ttiada rekod rasmi tentang tarikh penubuhan sama ada pada 1920 atau 1928 ataupun pembubarannya sebelum perang-terdapat dua orang tempatan dalam pertubuhan ini iaitu Abdullah Ariff dan isteri jutawan Cina iaitu Mrs Lim Cheng Kun. Kenyataan Redza Piyadasa dan Yeoh Jin Len perlu disangkal kerana menyatakan United Malayan Artist sebagai pertubuhan seni yang awal ditubuhkan di Malaya.terpengaruh dengan Aliran Romantisme Inggeris. Mereka menjalankan aktiviti merakam panorama kecantikan lanskap pantai dan darat sebagaimana yang dijelaskan oleh Sarnia Haves Hoyt :

Before the camera became a permanent appendage for travellers, even before the picture postcard became the means to share one's travel experiences, Penang was a fascating pictorial subject. The natural beauty of the island attracted artist whose scenes of the harbours, the hill, Fort Cornwallis and other points of interest are important visual document in Penang's history, as well as museum treasures.


Abdullah Ariff
Water Colour  1960
Tin Mine (bumi Bahagia Lombong Bijih Malaya) 


Tay Hooi Keat     Water Colour
Houses on Stilts


The Singapore Art Club
didaftar pada 20 September 1929 beralamat Wesley Hill, Fort Canning, Singapura diikuti oleh Malayan Art and Crafts Society didaftar pada 16 September 1930 beralamat Raffles Hotel or 62 manakala Society of Chinese Artist telah ditubuhkan pada 1935 yang dipengerusikan oleh pelukis terkenal Liu Kang.

Penang Chinese Art Club
Nama asal persatuan ini ialah Penang's Ying Ying Art Society pada 1935 dan bertukar nama selepas Perang Dunia Kedua. Dipimpin oleh

  • Lim Cheng Eau ( Pengerusi )
  • Yong Mun Sen dan Lee Chong Yong ( Naib Presiden )
  • Quan Kwan Sim (Setiausaha)
  • Tay Hooi Keat ( Bendahari)
Penubuhan ini disebabkan reaksi terhadap Penang Impresonist dan sumbangan ketaranya adalah menyemarakkan lagi perkembangan seni visual di bahagian utara Malaya. Sumbangan paling bermakna ialah dengan menubuhkan Akademi Seni Nanyang pada 1937.


**bersambung...

Khamis, 25 November 2010

KITA dan EGO

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN 
DAN 
SELAMAT BERCUTI KEPADA RAKAN-RAKAN 
AT23 BATCH 1 
PENDIDIKAN SENI UPSI


Salam Sahabat semua
Dalam meniti kehidupan seharian, menjaga hubungan sesama manusia adalah perlu. Selagi kita bernafas selagi itulah perhubungan terus berpanjangan.
Bila sikap ego, dengki dan iri hati menguasai diri, tanpa disedari ia telah menanam satu titik hitam dalam hati. Terdetik dalam diri ambo, susahnya nak jumpa kawan-kawan 1 fakulti, kumpul ramai-ramai dan berbincang, ukhuwah dalam mengukuhkan silaturrahim.



Cuti Semester mula menghampiri, mungkin dalam diri kita hanya kampung dalam fikiran. Tapi tidak mengapa lah sebab normal bagi mana-mana pelajar seperti ambo dan rakan-rakan yang lain. Ambo sekadar terluah dari fikiran, kenapa susahnya kita untuk bersatu dalam satu kumpulan,, masing-masing betul-betul dengan hal sendiri. Hari kuliah tidak kisah lah tapi kalau hujung minggu nak diadakan sesuatu aktiviti mesti ada ungkapan

1. Penting ker,,,?

2. Nak buat aper, malas la,,,

3. Kalau kirim kat orang boleh tak,,,?

4. Semua perlu terlibat ker,,,,?

5. Benci la paksa-paksa orang nie,,!!!

dan ini adalah perkara wajib keluar dari mulut, tambah-tambah lagi mahasiswi.




TANPA mereke sedari, mereka sebenarnya menolak pengalaman. menolak sesuatu yang boleh dijadikan sebagai panduan bila sudah habis belajar nanti dan INILAH realitinya hidup seorang manusia yang bergelar pelajar Universiti atau dipanggil MAHASISWA/I.
Ambo tiada sebarang niat yang tidak baik, tapi kita adalah bakal GURU, dan kenapa serta tiada jalan penyelesaian kah?

fikir dan fahami, tiada yang tersirat dalam catatan ini, jelas dan terang,,,


Ada bantahan?



p/s : harap nanti apa bila cuti sem berakhir, situasi ini cuba la kurangkan atau hapuskan dalam diri mahasiwa mahasiswi.

Ahad, 21 November 2010

Nikon DSLR D3100




Hobi merakam gambar menjadikan semakin ramai anak muda memiliki kamera digital sendiri. Tentunya kamera jenis DSLR antara yang menjadi pilihan pengguna disebabkan kualiti rakaman gambar yang jauh lebih mengagumkan berbanding kamera lain di pasaran.
Bak jurugambar profesional, kepuasan merakamkan gambar daripada kamera jenis sebegini umpama tiada tandingan hingga membuatkan pelbagai idea dan gaya baru mampu dicetuskan hanya pada hujung jari.
Berbekalkan kreativiti sendiri, hasil gambar lensa mampu menzahirkan kualiti gambar mengagumkan. Semestinya tumpuan ketika ini diberikan kepada model Nikon terbaru iaitu D3100 yang dikhususkan kepada pengguna baru dengan nilai harga cukup berpatutan.
Dilengkapi dengan pengesan CMOS baru serta janaan EXPEED 2, Nikon D3100 menjadi antara kegilaan baru buat penggemar kamera DSLR.
Tidak perlu bergelar pro, memandangkan Nikon D3100 memberi panduan berguna buat pengguna baru untuk merakamkan gambar seperti yang dikehendaki. Anggun, reka bentuk menarik serta kualiti gambar yang memukau, tentu kamera DSLR jenis ini yang terbaik untuk diri anda!

SPESIFIKASI
Produk: Nikon D3100
Pengesan imej: Nikon DX format (23.1 x 15.4 mm) CMOS
Saiz imej: 4,608 x 3,072 [L], 3,456 x 2,3404 [M], 2,304 x 1,536 [S]
Sensitiviti: ISO 100 hingga 3200 - 1 EV, plus HI-1 (ISO 6400) and HI-2 (ISO 12800)
Format: NEF, JPEG ; MOV (H.264/MPEG-4 AVC)
Storan: Kad memori SD
Hayat bateri: 550 rakaman
Berat: 455 gram
Dimensi: 124 x 96 x 74.5 mm
Harga: RM2,198

Sabtu, 20 November 2010

Exam ? Masih disitu @ sudah melangkah?

Minggu depan dah nak exam, persediaan masih macam biasa.
Hurmm,, xde usaha yang luarbiasa..hi3. Entah apa-apa la kan,,,, Bajet nak dapat senarai dekan tapi macam nie usahanya,,,hahaha

Minggu peperiksaan adalah minggu yang mencabar pemikiran sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Kalau fizikal nak tapi mental tak nak tak boleh juga..... usaha yang sia-sia.



Ujian sering datang kepada kita mengikut keupayaan kita. Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan diri seseorang hamba itu. Dan kita sebagai hamba perlu sedar bahawa selagi kita hidup di buminya, selagi itulah kita akan diuji.
Semoga segala ujian yang datang dapat kita tempuhi dengan redha..

Insya4JJ1..

Selasa, 16 November 2010

SALAM AIDILAHDA



SEMOGA PERJALANAN KITA AKAN BERTAMBAH BAIK, MENDAPAT RAHMAT DAN PENGAMPUNAN DARI ALLAH.

INSYAALLAH

MENJEJAKI SEJARAH AIDILADHA


Salam kepada semua, insyaAJJ1, esok kita akan menyambut AidilAdha, elok juga kalau kita menjejaki semula apakah sejarah AidilAdha ini.
Maklumlah setahun sekali sambut Aidil Adha, yang kita ingat cuma korban, ada binatang sembelihan dan juga sambutan jemaah haji yang menunaikan haji di Makkatul Mukarramah.


Sejarah Aidil Adha

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatibmenyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidil_Adha

Isnin, 15 November 2010

KELUHAN CIKGU SENI

Salam kepada semua

hari ni, ambo pegi ex-skool ambo dulu.

SMK TENGKU PANGLIMA RAJA PASIR MAS.

Teringat gak kat cikgu-cikgu n junior2 aku,,,ahaha,,,

Motif p skolah hari ni nk cari cikgu seni, cari sumber sikit, nk tye kot2 dye thu sape-sape yang bley buat anyaman, sbb sem depan amek anyaman. Lau dpt blajar ckit2 pasal anyaman ok la tu.

Hampir sepagi ambo kt skolah ambo. tetibe lak ujan lebat, bual-bual la dulu dengan cikgu-cikgu, dah lame xjumpe dyeorg.

alang-alang dah p skolah tu, sempat gak la shoot ckit2,,hahhaa.

Banyak yang dah berubah, sepeninggalan hampir 2 tahun tapi normal la sebab semuanya akan berubah dan sesiapa saja akan berubah.

Medan Ilmu

Dulu tempat ini adalah Taman Sains dalam sangkar,
tapi tiada siapa yang uruskan selepas
cikgu Biologi aku iaitu Cikgu Ropayah pencen.


Pandangan dari Medan Ilmu, sebelah kiri tu adalah pejabat dan
sebelah kanan adalah bilik guru


Ini Kantin Sekolah ambo, dah cantik sikit,,,hi4


Tempat Parking motorsikal pelajar, dulu tempat ini adalah gelanggang Petanque
tapi tiada pelapis untuk sukan ini lepas ambo.
Sedih gak sebab pencapaian Petanque mase tu agak baik tapi tidak mendapat
perhatian daripada pihak sekolah.

Masa ambo jumpa cikgu seni ambo tu, bual-bual ngan dia kejap. Lepas tu, terluah isi hati beliau yang menyatakan seni kat sekolah ambo tidak begitu ceria, beliau bagitau subjek seni kat sekolah ambo ni untuk student kelas bawah (corot),, so korang paham2 la kan,,kebanyakan mereka kurang berbakat lepas tu malas plak wak keje, so, tiada karya yang baik dihasilkan.
Ambo pom terasa gak, camna la perasaan bila dapat mengajar pendidikan seni lepas belajar nanti. Beliau bagitau gak pihak sekolah mohon supaya dia mengajar tingkatan 6 subjek pendidikan seni tapi sebab hanya dia lah satu-satunya guru pendidikan seni kat sekolah ambo, jadi dia terpaksa tolak permohonan itu kerana tiada bantuan tenaga pengajar yang lain. Cukuplah untuk peringkat SPM sahaja...hurmm.

(buat mase ni, Pendidikan Seni STPM tiada di sekolah ambo, ambo seorang je tersesat jadi cikgu seni,,ahhahaha)

Ambo sempat shoot Bilik Pendidikan Seni yang kecil dan biasa ni tapi masih gah untuk melahirkan pengkarya, mungkin...?


Cikgu Nik Saodah, cikgu Pendidikan Seni

dari pintu masuk, yang duduk tu, kawan ambo, Hafizal ( student Fizik, UPSi sem 5)

sebahagian karya pelajar


sebahagian karya pelajar

karya pelajar

itu saja untuk hari ini, bagi pencinta seni dan bakal guru Seni,, apa yang perlu anda lakukan supaya subjek Seni bukan sekadar subjek yang biasa tapi ianya mampu melahirkan luarbiasa.


*p/s : seni itu indah. segalanya adalah kerana seni.

Sabtu, 13 November 2010

Jom jalan-jalan..

Petang td p jalan-jalan ke Kota Bharu.
Temankan adik yang dah boring dok kt umah,, al-maklum lah yer,, banjir baru surut, kereta pom baru dapat dibasuh dan dibawa keluar dari garaj,,,hu3,,,

Dalam masa 4 jam, kiteorg p KB Mall,, singgah kt sana kejap, tengok-tengok orang je,,,hu3
ramai betul kt KB Mall td, al-maklum lah,,hari nie hari sabtu hari cuti,, so,,ramai gak kt sana.
Dalam setengah jam, kiteorg jalan2 dlm KB Mall, pastu dah xtau nk wak per, shoot gambar sikit,,haah

Dalam perjalanan tu sempat shoot gambar sekitar bandar,,hu3,, pembangunan jalan atas di laluan TESCO ke KB Mall yang bersambung dengan Jambatan Sultan Yahya Petra



tapak ini tengah-tengah jalan antara KBMall - TESCO KB

Bersebelahan KB Mall

macam biasa la,,bila p KB Mall, kiteorg akn singgah kt Cool Blog,,mmg best,,hu4 makan nga agar-agar bulat ( black pearl )



sabar menunggu,,hi3


Sempat p Parkway, tgok2 je,,,hahahha

lalalalalalal,,,dh dptkan,,hi3


aku la tu,,,hu3


Lepak kejap kt tempat parking atas KB Mall, jalan2 kan,,hi3.
Kemudian, singgah jap kt Muzium Kraf, waktu ptg cam gini dah tutup la kedai kraf kan,,hu3, tp sempat la shoot ckit utk adik aku tu,,hu3



Bangunan Kraf kt blkg nie dh sedikit rosak, xdpt masuk.
Tapi nmpk cm dlm penambahbaikan tu.

Tengah-tengah Muzium Kraf

antara kedai kraf


Tengok-tengok kejap, pastu kiteorg balik ke Pasir Mas. Lagipun, dah nk maghrib time nie,
tp mase dalam perjalanan pulang, sempat lagi shoot gmbar kt tengah-tengah
Jambatan Tendong,,hi3,, mase nie trafik tak sibuk, jalan lengang.
tapi kejap je..hu4


huhuhuuuh,,nothing to tell,,kih3

Jambatan Tendong, Kota Bharu.

Pemandangan di tengah-tengah Jambatan

Ok. tu je utk petang nie,,,sekian,,,hi3


1 HARI 1 BLOG

Salam kepada semua,

post kali hanya pasal sekadar berkongsi.

Seronok dapat walkingblogger time free-free cmni kan,,,ahaha

dengan membawa prinsip 1 HARI 1 BLOG membolehkan ambo, walking ke blog orang lain, tgok entri, baca cerita menarik and yang pasti, tinggalkan komen,,,,hi3

Bagi ambo, blog bukan sekadar bercerita tapi kadang-kala pengetahuan secara tidak langsung akan dapat kita perolehi.

Adakalanya, kita ke sesebuah blog, pastu terbaca cerita menarik tetapi kite tidak melakukan pautan kepada blog berkenaan, ianya adlah 1 kerugian bagi ambo,,,hu3


Cerita pasal kerugian nie, sbnrnyo ambo tercari2 satu blog tu,, ade kisah menarik tp ambo tak follow blog tu, mase tu online kt CC, lupa link dye,,,huhuhuhu,,,rugi,,

ok,, tu je,,sekian


Jumaat, 12 November 2010

Course Registration Mark


Ambo geram sangat, sangat, sangat dan sangat...!!

Entah kenapa la http://mysis.upsi.edu.my/ ni . Nak daftar subjek pun susah.

Ini adalah kali pertama ambo daftar kursus dan keadaan sekarang amat teruk.

Sudah 3 hari ambo berjaga malam ( jadi musang,,hi3). tetapi tidak membuahkan hasil langsung.

Hari ini, hari ke-4 ambo mengadap laptop pada waktu fajar belum menyingsing untuk daftar kursus.

Ambo termenung, fikir dan kaji, situasi sebegini telah memberi kesan kepada ambo. antaranya

1. Waktu Solat hampir luput.

2. Tubuh penat, mata kuyu, & pening kepala.

3. Perancangan yang dibuat seperti hantar adik ke sekolah tidak dapat dilaksanakan.

4. Hilang tumpuan untuk study. (Exam 24 nov hingga 4 Dis 2010)

5. Tidak dapat ke mana -mana. duduk mengadap my lappy je.

6. Makan minum serta pemakaian yang ala kadar.

7. Matahari terbenam dilupakan.

8. Shooting gambar tergendala.

9. Dan yang paling utama ialah tak dapat cari sarang itik aku,,,hi3
(kat mane la itik aku bertelur kali nie)

------------------------------------------------------

Entah la kan,,ape nak jadi, skali klik page tersekat, 2 kali klik page not found,,,,hu3

Sabar je la...hu3



*p/s : huhu,,,beria ia je kan,,hahaha,,,tp harap lepas ni dpt bjalan dgn lancar,,,,hu3

Khamis, 11 November 2010

Anime Naruto


Salam Semua

Cuti yang panjang nie kekadang boring gak tambah2 plak web mysis.upsi.edu.my untuk add course sem depan tak berfungsi dengan baik.. so bad,,,hu3

Dah 3 hari aku tunggu nak masuk web nie,,tp masih xdapat nak daftar. adoi,,,, abis semua keje, holiday n sume kejadah yang aku nk buat kna cancel,,,hahaha

nak tangkap ikan gapi y terlepas mase banjir pom xdapt, nk kejar itik aku pom xdapt,,asyik tunggu mysis UPSI je,,,geram wei,,,!!ahahha

sementara tunggu mase terbuang nie,, layan la Naruto Sipudden nie sat. best gak
(mak aih,,dh besar pnjng pom layan kartun lg ker?,,haha5,,tu persoaln y akan timbul bukan?hi3).
Aku nie sejak kecil memang minat kartun,,hahah especially kartun bentuk manusia normal,,,mmg aku suka,,ahah..

study untuk exam xde la bersungguh sangat,,haha,,sebok nk tgok kartun je,,,
jom follow aku,,kite story mory secara ringkas pasal naruto sat,,,



sape yang suko tgok naruto? klik like,,,ahaha
xde la,,,saje je
berbalik kepada cerita tadi,,siri anime jepun ni adalah antara siri anime paling popular di malaysia (xde statistik ok),,, selain Naruto, anime jepun seperti Bleach (TV3) dan Tonight Crusader (ditayangkan di NTV7 pada 2008) turut mendapat tempat dihati penonton.

Mengikut http://id.wikipedia.org/wiki/Naruto , anime dan manga naruto merupakan karya Masashi Kishimoto. Ceritanya berkisarkan tentang Uzumaki Naruto seorang ninja remaja yang bersemangat waja, hiperaktif dan nakal serta mempunyai impian yang sangat tinggi iaitu untuk menjadi Hokage di kampungnya.

Uzumaki Naruto

Manga (Komik) Naruto yang pertama telah diterbitkan pada 1999 oleh Shueisha tetapi dalam Majalah Shonen Jump edisi ke 43. Kehadiran manga naruto dalam dunia komik telah mengatasi Dragon Ball karya Akira Toriyama. Kekuatan Anime dan Manga Naruto adalah pada teknik ninja yang pelbagai serta jalan cerita yang menarik. Keadaan ini menjadi faktor utama dalam kejayaan Anime Naruto di persada hiburan kanak-kanak mahupun golongan remaja dan dewasa.

Di Malaysia, anime Naruto ditayangkan di TV3 dan pada masa sekarang, anime ini telah berada dalam episod Naruto telah meningkat remaja dengan tajuk Naruto Sipudden.
(Cerita secara ringkas)
Pelbagai kisah semakin konflik yang berlaku mencabar kekuatan dan ketabahan Naruto dalam mengharungi kehidupan bersama rakan-rakan ninja yang lain. Dalam episod kali ini, misi yang utama adalah untuk menyelamatkan rakannya iaitu Uchiha Sasuke dari Orochimaru.

Uchiha Sasuke

Dalam misi menyelamat rakannya itu, pelbagai peristiwa yang berlaku dan terpaksa ditempuhi. Situasi cerita ini semakin menarik dan banyak flashback yang dibuat supaya penonton faham kenapa ianya berlaku (kadang2 geram jugak, banyak sangat flashback,,,ahaha).

Sekiranya kalian adalah peminat siri anime naruto, anda juga boleh ke http://id.wikipedia.org/wiki/Naruto dan http://ms.wikipedia.org untuk mendapatkan sedikit sebanyak tentang anime jepun ini.

Bagi aku, karya anime jepun ini adalah sesuatu yang menarik kerana ceritanya yang unik dan sesuai utk ditonton seisi keluarga (kalau minat la,,,,ahhaha)

--------------------------------------------------

Sebagai seorang cikgu seni, aku amat menghargai semua karya figura manusia sama ada lukisan, komik ataupun siri kartun kerana ianya adalah lebih sempurna dan cantik untuk dilihat. Bakat pelukis yang dianugerahkan oleh Allah ini patut disyukuri dan digunakan dengan sebaik mungkin.






*p/s : beria-ia je aku story pasal naruto,,haha. Dah nak msuk 2mgu aku layan Naruto Sipudden,,,keh3 dan aku juga dalam proses belajar lukis figura manusia,,,,hu3

Isnin, 8 November 2010

GULAI KUNING TELUR ITIK

Salam kepada semua,
Sudah lama ambo tak update blog, asyik copy paste je kan,,,hu3.
Selama 3 minggu, UPSi bercuti ( 1 minggu untuk studyweek, 1 minggu untuk Deepavali dan 1 minggu untuk AidilAdha.),,,hurrmmm, ok la tu. Cuti semester ditarik seminggu rasanya,,

Jumaat, 5 November 2010

SIAPA AKU DI DEPAN TUHAN


copy paste from http://blogs.muxlim.com/puteri_nurinsyirah/siapa-aku-di-depan-tuhan/

Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.

Asarnya

aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak di hujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku

Maghribnya

aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat apa aku di depan Tuhan ku.


Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.


kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.





*p/s : membuatkan ku tersentak seketika,, termenung,, ada benarnyer,,, ilham dari tuhan utk beliau kepada kita,,, terima kasih kerana mengingatkan.
Related Posts with Thumbnails