Ahad, 23 Januari 2011

MENJENGAH KE DALAM REALITI


Salam sahabat, lama sudah ambo tidak mengupdate blog,, kesibukan dalam segala hal menyebabkan blog ambo berhabuk,,,hahaha,,,

mungkin tajuk pada entri kali ini tidak sesuai, hha5,tapi itulah kenyataannya.

Menjengah ke dalam realiti membawa seribu makna kepada ambo, situasi masa lapang ketika dahulu sedikit sebanyak melintas ke kotak fikiran ambo. Betapa besarnya nikmat kelapangan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada ambo. 

Bersyukurlah atas nikmat yang kita perolehi selama ini.


"Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.
Seluruh kehidupan adalah satu ujian."

IBLIS DAN JAWATANNYA DALAM MENGGODA MANUSIA


copy paste from 
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. Iblis Azazil nekad untuk menjadi penderhaka, lalu dia meminta supaya Allah s.w.t. panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat iaitu selagi wujudnya manusia.
Dia (Iblis) berkata (Al-Israk:62):
“Terangkan kepadaku inikah orang yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.” Permintaannya diperkenankan. Allah s.w.t. murka kepada syaitan laknatullah di atas sifatnya yang sombong, degil dan dengki.

Firman Allah:
“Pergilah, siapa di antara mereka yang mengikuti kamu maka sesungguhnya neraka jahanam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.” Lalu Iblis Azazil dihalau dari syurga. Allah berfirman (Shaad:77-78):
“Kalau demikian, keluarlah engkau dari syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang direjam. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat-Ku terus menerus hingga ke hari kiamat."
Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar Iblis. Iblis laknatullah mengetuai kerajaannya selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Ianya tiada pilihanraya di mana ada syaitan yang mencabar kerusinya. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada syaitan yang berkhidmat untuknya, persis seorang presiden sebuah negara. Iblis mempunyai barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di bawah empayar Iblis.
Lima menteri kanan itu terdiri daripada anak-anaknya sendiri. Mari kita mengenali menteri-menteri ini:
1. Dasim
Malaun ini dikatakan anak emas Iblis laknatullah. Kenapa? Dasim serta seluruh rakyat kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci, berang dan dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak kegemilangan bagi kerajaan Dasim yang terkutuk.
2. Al-A’war
Membentuk dan memudahkan laluan zina dan keruntuhan moral ialah tugas kementerian si durjana ini. Gembiralah Iblis apabila zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah, kerana itu petanda keturunan Adam pincang.
3. Maswath
Anak Iblis yang satunya ini merupakan pakar jurusan menipu. Dia dan pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.
4. Zalnabur
Si terkutuk ini pula dan kakitangannya berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci-maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang ramai, seperti di pasar atau shopping mall.
5. Tsaba
Geng syaitan ini memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, mangsa tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka yang kematian orang tersayang termasuk dalam senarai ‘most wanted’ Tsaba. Mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap Allah, manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah s.w.t. atas semua yang terjadi.
Tidak ada yang terlepas dari gangguan syaitan kecuali mereka yang dilindungi Allah s.w.t. Sebenarnya sejak dilahirkan, setiap bayi ditemani seekor syaitan bernama ‘qarin’ (syaitan ini umpama ‘baby sitter’ berbanding syaitan-syaitan lain yang mempunyai tugas tersendiri). Hanya selepas nyawa terpisah dari badan, tugas ‘qarin’ dikira beres.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tangisan bayi ketika kelahirannya (adalah akibat perbuatan jahat) dari syaitan.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
“Setiap anak Adam pasti akan ditusuk di bahagian tepi (badannya) dengan jari-jarinya (Iblis) ketika dilahirkan, melainkan Isa bin Maryam sahaja. Iblis telah cuba melakukan tusukan tetapi tusukannya telah terhalang”. (Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)
Artikel : albakriah.wordpress.com

Rabu, 12 Januari 2011

KEHIDUPAN SEMAKIN KOMPLEKS

Mungkin tajuk tidak sesuai dengan entri kali ini. Dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 1.29 petang,, saya menjengah ke blog pensyarah utk subjek Pembangunan Sahsiah saya utk sem nie,,, nama beliau Encik Abd Aziz Mohd Yatim,, [,http://azizyatim.blogspot.com/ ]

saya tertarik dengan entri y di postkan oleh En. Aziz iaitu
http://azizyatim.blogspot.com/2008_05_14_archive.html#2408387263710375630
yang bertajuk "

PENULISAN BUKU Hikayat Ranjau Berduri...(Hehe.. tolong saya cari tajuk yang lebih sesuai???)


 ". Entri ini berkisarkan tentang perjalanan beliau menjadi guru kaunselor di beberapa buah sekolah.
Kisah perjalanan seorang guru yang menempuh liku dan ranjau dalam memastikan kejayaan setiap pelajar dimiliki dan kerenah guru-guru yang adakalanya disalah erti tanpa memahami situasi sebenar. tidak banyak yang ingin saya cerita kan. tapi skadar berkongsi dengan anda.

Saya ingin mengajak anda semua ke blog beliau sekiranya berminat terutamanya kepada yang bakal bergelar guru.



p/s : kalau ikutkan hati, nak je trus bace entri dlm blog pensyarah,,tp mase terbatas dgn klas serta xtvt y berterusan....
Related Posts with Thumbnails